Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022
Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini dibuka.
Mahasiswa dari Negeri Sembilan yang memenuhi kelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan.
Baca Juga : SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022
Tempoh Permohonan
Untuk makluman, tempoh permohonan bagi bantuan Permohonan BSH 2022 (Fasa 1) dibuka selama 2 MINGGU sahaja bermula 23 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.
Pelajar yang berminat bolehlah kemukakan permohonan segera sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.
Syarat-Syarat & Kelayakan Bagi Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022
- Pemohon anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon hendaklah di Negeri Sembilan sahaja.
- Jika pemohon tidak lahir di negeri sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon hendaklah muat naik sijil tamat berhenti sekolah darjah 6 dan tingkatan 5.
- Masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA ) dan Politeknik sahaja.
- Permohonan BSH hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas ( tahun akhir tidak layak memohon).
- Pemohon perlu mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
- Ibu bapa pemohon di kategori kumpulan B40 terkini.
- Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Cara Memohon
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan boleh lengkapkan borang serta semak terma dan syarat di pautan di bawah :
BORANG PERMOHONAN BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022
Pomohon juga diminta untuk isi borang yang disertakan di bawah :
BORANG PENGESAHAN ADUN / PENYELARAS ADUN BAGI BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022
SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Yayasan Negeri Sembilan di pautan https://www.yns.gov.my/v7/ms/ .
Pemohon juga boleh hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi talian 06 762 8046 untuk sebarang pertanyaan.