SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022

SULUNG |  Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, satu inisiatif untuk membantu para siswa telah diwujudkan melalui Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia.

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 (SULUNG)

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 adalah merupakan sebuah program yang memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.

Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

Program ini merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dikendalikan oleh Menteri Pengajian Tinggi. 

Besarlah harapan agar program ini kelak akan membantu memberikan tahap pendidikan yang baik yang kepada siswa harapan keluarga tersebut dan berjaya membawa keluarga mereka keluar dari kitaran B40.

SULUNG

Jenis Bantuan Yang Disediakan

  • Tawaran Biasiswa
  • Asrama
  • Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan

Perdana Menteri juga mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

Sumber: BERNAMA TV, https://www.bharian.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!