Permohonan Kemasukan Pusat Anak Genius Negara KPM

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Anak Genius Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh Malaysia kini boleh membuat permohonan kemasukan sesi akan datang.

Untuk makluman, Program Asuhan Genius Negara diwujudkan oleh KPM sebagai progam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak bawah umur 4 tahun.

Program ini ditawarkan kepada anak-anak kalangan keluarga yang berpendapatan rendah bagi membolehkan kanak-kanak mereka bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka. 

Oleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 15 Oktober 2021.

Keistimewaan Pusat Anak Genius Negara

Terdapat beberapa keistimewaan anak-anak yang menyertai pusat ini iaitu:

  • Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen, dan mengalami (exploring, experimenting, dan experiencing).
  • Pendidikan berkelayakan.

Lokasi Pusat Anak Genius Negara

Untuk seluruh negara, terdapat 89 Pusat Genius Negara yang boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/07_Jul/Senarai_Pusat_Anak_GENIUS_Negara.pdf.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi kemasukan ke pusat ini adalah seperti berikut:

  1. Anak tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  2. Anak tersebut berusia 4 tahun ke bawah.
  3. Pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM4,000.00 sebulan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Klik pautan berikut iaitu https://drive.google.com/drive/folders/1yHIRzt-MHRhdjFGjNLJYVEZxemTYkvq8?fbclid=IwAR3MZJ_06QBt20fKJGO-q8B-Fh7oxIYtQ02H26n2vezoDBlKsXn7TxWrGTY.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke Pusat Anak Genius Negara yang terdekat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat beranak anak.
  2. Salinan Mykid anak.
  3. Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  5. Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  6. Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (sekiranya bekerja sendiri).
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan.

Pengesahan salinan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua Kampung & Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) sahaja.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Pusat Asuhan Genius Negara boleh menghubungi Bahagian GENIUS KPM di talian 03-8880 5151.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!