Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022

Terkini Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022 boleh di mohon mulai 1 Ogos – 14 Ogos 2022. Permohonan hanya di buka selama 14 hari.

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak, menawarkan pinjaman biasiswa kepada anak kelahiran Sarawak yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik bagi Sesi 2022/2023.

Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022 (BPKNS)?

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022

BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada peribumi Sarawak.

Tawaran Biasiswa BPKNS 2022

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:-

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

Tarikh Permohonan Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022

Permohonan BPKNS untuk pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik bagi Sesi 2022/2023 boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 – 14 Ogos 2022

Syarat Kelayakan

  • Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;
  •  Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;
  • Terbuka kepada semua kursus pengajian KECUALI PENDIDIKAN dan PERUBATAN sahaja;
  • Pelajar yang menerima tawaran BPKNS WAJIB MEMBATALKAN bantuan pendidikan yang lain.

Jumlah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

Jumlah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022

Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya

Bayaran Balik Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).  Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.

Tempoh Bayaran Balik  

Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).

Cara Mohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  • Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.
  • Wajib mendaftar akaun “Sarawak ID”.
  • Sila isi borang secara atas talian dengan lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam doumen dan sijil asal pemohon.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022, anda boleh hubungi ;

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK

JALAN SATOK,

93400, KUCHING, SARAWAK

TEL: 082-236 325/ 544

FAKS: 082-237 258 / 010

WEB: http://psc.sarawak.gov.my

Baca juga ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!