UNITEN : Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas 2021/2022 Di Buka

Bantuan zakat pelajar muslim UNITEN bagi semester khas 2021/2022 telah dibuka. Kepada pelajar-pelajar muslim UNITEN yang berminat boleh mengisi permohonan bermula pada 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Bagi pelajar semesta 2, bantuan zakat uniten 2021/2022 telah ditutup

Pelajar tidak dibenarkan mengisi borang permohonan online tanpa tujuan yang betul. Pastikan anda betul-betul memerlukan bantuan zakat ini.

 

Apa Itu Bantuan Zakat Pelajar Muslim UNITEN Semester Khas

bantuan zakat pelajar semester khas uniten 2022

 

Bantuan zakat ini khusus untuk pelajar uniten muslim semseter khas 2022 sahaja. Pelajar yang mengalamai finance blocking bagi masalah-masalah tertentu sahaja boleh memohon bantuan zakat ini.

Pada 14 Julai 2010 UNITEN telah menerima Tawaran Pelantikan sebagai Penolong Amil bagi pihak Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya, pada 2 September 2010, UNITEN dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) Pelantikan UNITEN sebagai Penolong Amil dan merasmikan penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).

 

Matlamat penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah sebagai satu sumber kewangan alternatif untuk membantu para pelajar yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat untuk menerima bantuan bagi meneruskan pengajian.

Objektif penubuhan TAZU ini adalah untuk ;

  • a) Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak.
  • b) Menjana sumber kewangan bagi melahirkan profesional Muslim.
  • c) Menyediakan bantuan kewangan bagi para pelajar UNITEN yang memerlukan.
  • d) Bertindak sebagai One Stop Center dalam pelbagai kegiatan keilmuan dan kerohanian.

 

Tarikh Permohonan

Pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini, boleh mula mengisi borang permohonan bermula pada 23 Mei 2022 – 17 Jun 2022.

Kategori Pengajian

Permohonan dibuka kepada pelajar kategori seperti berikut ;

  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah
  • sarjana

Permohonan juga dibuka kepada pelajar yang mengalamai finance blocking bagi masalah-masalah tertentu sahaja

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Muslim
  • Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa
  • Tiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah
  • Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa)
  • melengkapkan proses permohonan
  • Hadir temuduga

 

Cara Mohon

  • Pelajar yang layak, boleh mengemukan permohonan dengan mengisi borang online menerusi website https://amanahuniten.my/
  • Hanya calon yang melengkapkan permohonan dan dokumen akan di panggil temuduga

 

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN 2021/2022 ini, sila hubungi:

 

Soalan lazim

Bilakah tarikh permohonan bantuan zakat pelajar semseter khas uniten?

23 Mei 2022 – 17 Jun 2022.

Bagaimana cara untuk mohon bantuan zakat UNITEN (TAZU)?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman website https://amanahuniten.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!