Bantuan Pendidikan Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy 2022 ~MAIWP

Sukacita dimaklumkan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy 2022 telah dibuka. Permohonan pendidikan ini dibuka kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar diploma dan pelajar ijazah. Wakaf ini di uruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang Pusat Wakaf MAIWP atau imbas pada kod QR poster dibawah. Tarikh tutup permohonan pada 4 Julai 2022.

Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy

bantuan pendidikan wakaf ahmad dawjee MAIWP

Ahmad Dawjee lahir pada 1907 di Gujerat, India. Beliau menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul kekayaan hartanah dan saham

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 24 januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan pendidikan ini boleh dibuat mulai 27 Jun – 4 Julai 2022.

Syarat Permohonan

  • Warganegara malaysia
  • Bermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di wilayah persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi keluarga tidak melebihi rm4850
  • Tidak menerima bantuan pendidikan dari mana-mana pihak agensi
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/insitutsi pendidikan i wilayah persekutuan

Jumlah Bantuan

Berikut jumlah bantuan yang akan diterima mengikut tahap pendidikan ;

  • Sekolah Rendah RM300
  • Sekolah Menegah RM400
  • Diploma RM800
  • Ijazah RM1000

Baca juga : UNITEN : Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas 2021/2022 Di Buka

Cara Permohonan

  • Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang pusat Wakaf MAIWP https://wakafwilayah.org/ atau imbas kod qr yang disediakan
  • Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah di hantar ke alamat berikut ;

Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd

Aras 26, Menara Imarah Wakaf (Menara Bank Islam) No.22,

Jalan Perak,50450 Kula Lumpur

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon / Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 12 tahun ke bawah
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso bapa/ penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso ibu / pasangan penjaga
  • Salinan bil utiliti/ cukai pintu yang terkini
  • Salinan kad pelajar pemohon (bagi pelajar Institusi Pendidikan)
  • Salinan penyata akaun bank pelajar yang masih aktif / muka depan buku Bank tanpa kad/akaun
  • bersama (bagi pelajar sekolah rendah) / buku akaun persendirian (bagi pelajar sekolah menengah)
  • Sila tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan sekiranya salinan dokumen telah dikemukakan
  • Borang pengesahan maklumat individu bagi bayaran melalui pindahan secara eletronik (EFT)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, anda boleh hubungi MAIWP ditalian berikut : 03-2181 2846 (pejabat), 011-6329 0277 (whatsapp).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!