Panduan & Tips Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

Calon yang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) perlu melalui Ujian Kecergasan Fizikal.

Dalam ujian ini, calon akan dinilai dari aspek kecergasan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Matlamat utama ujian ini diadakan adalah bagi memastikan setiap calon yang memohon mempunyai kecergasan fizikal yang sihat dan baik sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai ujian kecergasan fizikal secara lebih lanjut.

Ujian Kecergasan Fizikal
Kredit : Majlis Sukan Negeri Johor

Arahan Kepada Calon

  • Pada hari ujian, calon hendaklah membawa perkara berikut :

i) Surat panggilan pemeriksaan fizikal dan pancaindera.

ii) Kad pengenalan

iii) Pakaian sukan

  • Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji / penguji.
  • Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas minit sebelum pemeriksaan.

Kriteria Ujian Kecergasan Fizikal / UKF

Bagi ujian ini, calon perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti berikut :

  • Larian sejauh 2.4 km
    – Lelaki: 14 minit
    – Wanita: 17 minit
  • Bangun Tubi dalam tempoh masa 2 Minit
    – Lelaki: 30 kali
    – Wanita: 28 kali
  • Lari Ulang Alik (4 x 10meter)
    – Lelaki: 11 saat
    – Wanita: 13 saat
  • Lompat Jauh Berdiri
    – Lelaki: 215 sentimeter
    – Wanita: 162 sentimeter
Ujian Kecergasan Fizikal

Nota : Ujian kecergasan fizikal mungkin berbeza mengikut jawatan yang dipohon (Contoh : BOMBA, Maritim)

Ukuran Fizikal dan Pancaindera

Untuk makluman, calon yang memohon perlu menepati ukuran fizikal seperti yang ditetapkan seperti berikut :

  • Tinggi: Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m@157cm/Wanita 1.53m @ 153cm)
  • Berat Badan: Berat Badan Minima (Lelaki 48kg/Wanita 46kg)
  • Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)
    – Dada Keadaan Biasa: 79
    – Dada Tarik Nafas: 84

Untuk pemeriksaan pancaindera pula, ukuran yang ditetapkan oleh calon adalah :

  • Pemeriksaan Penglihatan
    – Jarak penglihatan ‘Visual Acuity’ 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap (Contact Lens).
    – Pengecaman warna dan nombor.
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan (Tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik & Berkawad)

Tips Lulus Ujian Kecergasan Fizikal

Bagi yang ingin lulus ujian ini, anda boleh ikuti tips berikut :

  • Lakukan persediaan seperti senaman dan latihan kecergasan. Sebagai contoh anda boleh buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan seperti di atas.
  • Namun, jangan paksa diri untuk lakukan latihan fizikal mengikut kemampuan.
  • Untuk calon yang BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, anda boleh mengekalkan diet sihat dan cuba turunkan berat badan.
  • Jaga kesihatan sebaiknya. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup,menjaga pemakanan dan minum air secukupnya.
  • Pakai pakaian sukan yang selesa dan sesuai mengikut panduan yang diberikan.

Baca Juga : Panduan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!