Tawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor

Tawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Program Ithbat Hafazan Al-Quran negeri Selangor kini dibuka.

Teruskan membaca untuk ketahui syarat-syarat serta panduan memohon.

Baca Juga : Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Penyertaan Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Pemohon mestilah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah beragama Islam dan warganegara Malaysia yang disahkan menetap di negeri Selangor melebihi tiga (3) tahun.
  •  Pemohon yang lahir di negeri Selangor tetapi menetap di luar Selangor tidak layak memohon.
  • Pemohon yang tidak menetap dan hanya belajar di Negeri Selangor juga tidak layak untuk memohon.
  • Tidak menerima apa-apa elaun Ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana yayasan.
  •  Memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.
  • Berumur 18 tahun ke atas bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dan 1 hingga 20 juzuk pada tarikh tutup penyertaan. Bagi kategori 1 hingga 30 juzuk terbuka kepada semua peringkat umur.

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman calon, tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Syaaban 1443H / 25 Mac 2022 (Jumaat).

Walaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh temuduga Ithbat mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Kadar Elaun

Kadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Cara Memohon Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Pemohon yang berminat untuk sertai Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 perlulah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.jais.gov.my/ atau di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk kemukakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran
  •  Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon)
  • Salinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima)

Nota: Salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A.

Muat Turun Borang Di Sini :

 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)sebelum diserahkan ke  Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut.

Setelah mendapat pengesahan, pemohon juga boleh atau hantar permohonan ke alamat berikut :

Bahagian Dakwah JAIS,

Tingkat 7 Menara Selatan,

 Bangunan Sultan Idris Shah,

 No. 2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K.,

 Seksyen 5, 40676 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan.

Nombor Telefon : 03 5514 3590 / 03 5514 3507

Penghantaran borang juga boleh dilakukan melalui emel. Calon perlulah pastikan :

  •  Borang telah lengkap diisi.
  •  Telah mendapat sokongan Ketua Unit Dakwah Daerah.
  •  Salinan dokumen yang telah disahkan.
  • Mengimbas (Scan) semua dokumen yang diperlukan dengan menggunakan mesin pengimbas dalam bentuk format ‘.pdf’

 Hantar dokumen yang telah lengkap diimbas ke email: [email protected]

 Nota : Elakkan mengimbas dokumen menggunakan kamera telefon atau sebagainya. Borang yang tidak jelas dan tidak sempurna mungkin menyebabkan permohonan DITOLAK.

Proses Temuduga

Pemohon yang layak dan lulus tapisan akan dipanggil temuduga pada tarikah yang akan diberitahu kelak. Calon akan dihubungi melalui surat/ emel atau panggilan telefon.

Pemohon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan. Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak akan dilayan.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!