Semakan PERKESO PSU 5.0 : Subsidi Upah 2022
Semakan bantuan PERKESO PSU 5.0 Subsidi Upah Bersasar 2022 boleh di buat secara online. Permohonan untuk bantuan PERKESO PSU 5.0 adalah berkuatkuasa mulai 30 Disember 2021.
Permohonan untuk Subsidi Upah 2022 PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat wabak COVID-19.
Untuk makluman anda, SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.
Apakah Itu PERKESO PSU 5.0 Program SIP Subsidi Upah Bersasar?
PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Bagi PSU 5.0, golongan sasaran adalah majikan dalam sektor pelancongan
Tarikh Permohonan /Kuatkuasa
PSU 5.0 BAJET 2022 berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.
Tarikh tutup permohonan PSU 5.0 2022
Tarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.
Syarat Kelayakan Majikan
- Had Bilangan Pekerja yang Boleh Dituntut maksima 500 orang
- Kadar Bayaran bagi majikan RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan
Bagi sektor pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan
Syarat-Syarat Kelayakan
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 /2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
- Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022.
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM -Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2022
- Tiada had gaji pekerja
Syarat-Syarat Lain
- Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan, sepanjang program dijalankan. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji dengan persetujuan bersama pekerja.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukaka oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my
Permohonan PSU 5.0 Bukan Sektor Pelancongan
Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 boleh mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad
Senarai Tidak Layak Memohon PSU 5.0
- Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Januari 2022;
- Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2022;
- Majikan yang belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
- Pekerja yang sedang digajikan di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan);
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
- Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 5.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.
Senarai dokumen di perlukan
- Dokumen yang diperlukan ialah:
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
- Akuan Pengisytiharan PSU 5.0
Maklumat Business Registration Number (BRN)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
- Majikan hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah yang betul dan tepat.
- Majikan perlu memuat turun borang BRN dari portal PRIHATIN melalui capaian di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my, seterusnya mengisi, melengkapkan borang dan memuat naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.
Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).Kegagalan majikan dalam memberikan BRN yang betul akan melambatkan proses pembayaran subsidi upah
Borang Akuan Pengisytiharan PSU 5.0
- Akuan Pengisytiharan PSU 5.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 5.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan yang mengemukakan permohonan.
Permohonan baru
Bagi majikan yang pernah menerima atau tidak bantuan daripada Program Subsidi Upah (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 dan PSU 4.0) semua majikan yang berkelayakan di bawah PSU 5.0 hendaklah mengemukakan permohonan baru di laman web prihatin.perkeso.gov.my
Memandangkan syarat PSU 5.0 adalah berbeza dengan PSU-PSU sebelum ini.
Majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.
Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang
Pengiraan Penurunan Pendapatan 30% Peratus
Majikan boleh membuktikan penurunan pendapatan atau jumlah jualan sebanyak 30% atau lebih dengan menyatakan jumlah berkenaan di dalam permohonan PSU 5.0 melalui capaian portal prihatin.perkeso.gov.my yang menunjukkan kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan Oktober/November/Disember tahun 2021 berbanding dengan mana- mana bulan pada tahun 2019 /2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
Semakan Majikan Yang Diluluskan PSU
Pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my.
Sekiranya majikan yang menyertai PSU 5.0 tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja, pekerja boleh membuat aduan berhubung PSU 5.0 di https://eaduansip.perkeso.gov.my.
Sekiranya pihak PERKSESO menerima aduan daripada pekerja berkaitan isu bayaran gaji dan pemberhentian pekerja setelah bantuan PSU diterima, PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula bayaran yang telah diterima oleh majikan dan tindakan undang- undang boleh diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
Sebarang masalah perburuhan di luar PSU 5.0, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03 -8886 2409 atau emel di jtk[email protected]
Caruman Bekerja Yang Diberi Cuti Tanpa Gaji
Majikan masih perlu membayar caruman PERKESO dan SIP seperti biasa semasa dan selepas menerima bayaran PSU sebagaimana gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja setiap bulan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bajet 2022 PERKESO PSU 5.0 ;
Sila semak terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di
soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0).
Websit : www.perkeso.gov.my
Pertanyaan dan aduan
Layar ; eaduansip.perkeso.gov.my
Hotline PSU
03-80915400
Lampiran Senarai Sektor Dan Aktiviti Industri Layak 3 Bulan Di Bawah PSU 5.0
Artikel berkaitan : SIP Gig PERKESO – Bantuan Untuk Orang Bekerja Sendiri