Awal Ramadan 2023 / 1444H : Tarikh Mula Berpuasa

Awal Ramadan 2023

Awal Ramadan merupakan tarikh yang penting buat umat Islam seluruh dunia. Ia menandakan permulaan bagi ibadah puasa tahunan yang ramai nanti-nantikan.

Tarikhnya adalah berbeza setiap tahun kerana ia berpandukan kalendar bulan Islam serta kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Bilakah tarikh Awal Ramadan 2023 di Malaysia? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan (Mufti WP)

Tarikh Awal Ramadan 2023 / 1444H

Awal Ramadan dijangka akan jatuh pada 23 Mac 2023 bersamaan hari Khamis.

Memetik Bernama, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun 2023 ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.

Tarikh permulaan untuk mula berpuasa akan diumukan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi kerajaan.

Ia juga merupakan cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia iaitu Johor, Kedah dan Melaka.

Anda boleh rujuk senarai penuh cuti kelepasan Am Malaysia seperti di lampiran bawah :

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia selepas mendapat perkenan majlis raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong dan nasihat daripada Panel Pakar Falak.

awal ramadan 2023

Untuk makluman, permulaan puasa lazimnya akan ditentukan apabila terllihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.

Berdasarkan penemuan astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baharu akan bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.

Di negara kita, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.

awal ramadan 2023

Di Malaysia, terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan. Bagi membantu pencerap menentukan tarikh awal Ramadan dengan tepat, pelbagai peralatan berteknologi tinggi dan  pengiraan data rukyah secara terperinci melibatkan jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan seisi keluarga untuk membuat persiapa bagi sambutan Ramadan pada tahun 2023.

Pada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini memberi makna yang cukup besar buat kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!