SOP Pelitup Muka Terkini 2023 (Kuatkuasa Mulai 5 Julai)

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka 2023 yang berkuatkuasa mulai 5 Julai 2023.

Sejak dunia dilanda wabak pandemik Covid-19, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan umum.

Selaras dengan trend penurunan kes positif Covid-19 dan kadar peningkatan vaksinasi, kerajaan juga telah melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka atau face mask secara beransur-ansur.

Meskipun begitu, terdapat dua lokasi masih diwajibkan pemakaian pelitup muka sehingga tahun 2022 iaitu pengangkutan awam dan premis kesihatan seperti hospital dan klinik.

Kemaskini bagi SOP pemakaian pelitup muka telah dibuat kali terakhir pada April 2022 apabila negara beralih kepada fasa endemik.

Pada waktu itu, penggunaan pelitup muka di premis-premis serta tempat awam tidak diwajibkan namun masih digalakkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta penyakit berkaitan seperti selsema dan batuk.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai SOP bagi penggunaan pelitup muka terbaharu yang telah dikemaskini oleh kerajaan.

Baca Juga : Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM 2023

Kelonggaran SOP Pelitup Muka Terkini 2023

Terbaharu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengumumkan mengenai perubahan SOP terkini di mana pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awan serta premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023.

Perubahan ini dilakukan oleh kerajaan selari dengan pengumuman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam kenyataan bertarikh 5 Mei 2023, status wabak Covid-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa.

Oleh itu, kerajaan telah membuat semakan semula untuk mengemaskini SOP pelitup muka berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

SOP Pelitup Muka Terkini 2023

Pengecualian SOP Bagi Pesakit Covid-19

Meskipun kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP pemakaian pelitup muka bagi tahun 2023, pesakit COVID-19 tetap wajib memakai pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai.

Bagi orang awam yang tidak positif COVID-19, mereka tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka berdasarkan perubahan SOP pelitup muka terkini yang diumumkan ini.

Walaupun begitu, pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri terutamanya bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!