60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan

Sedang mencari teka-teki lawak untuk diberikan pada anak-anak? Sememangnya teka-teki adalah aktivit ringkas yang sesuai untuk dilakukan pada waktu lapang. Selain berhibur, ia juga boleh menguji minda dan memaksa kita untuk berfikir di luar kotak.

Pasti anda akan pecah perut dengan teka -teki yang bakal kami kongsikan. Jom kita tengok kompilasi teka-teki lawak beserta jawapannya!

Baca Juga : Didi and Friends The Movie 2023 – Pelakon, Trailer

Teka-Teki Lawak

60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan, Kelakar Sampai Pecah Perut!

1. Macam mana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?

Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.

2. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

3. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya di kepala, bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu

4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donat

5. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

6. Apa benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?

Jawapan: Seluar dalam

7. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

8. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

9. Antara kereta dengan motor, yang mana lebih tua?

Jawapan : Motor sebab dia pakai tongkat.

10. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang paling kejam?

Jawapan : Kuih Lompat Tikam

11. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang tak ada mata, kepala, badan dan ekor?

Jawapan : Bebola ikan / fishcake

12. Kenapa keyboard penat?

Jawapan : Sebab dia ada dua Shift.

13. Negara apa yang ada 42 orang perempuan?

Jawapan : Portugal (Four-two girl)

14. Ada benda yang bila kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama?

Jawapan : Tapak kaki

15. Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia cakap apa?

Ketepilah (Caterpillar).

16. Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang selalu perempuan hilangkan?

Jawapan : Pintu-dung

17. Dalam banyak-banyak sate, sate apa yang paling panas?

Jawapan : Saterika

18. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, rain tu hujan.

19. Binatang apa yang pandai berkarate?

Jawapan : Kuda belang/zebra sebab ada banyak black belt!

20. Pintu apa yang 10 orang tolak pun tak boleh buka?

Jawapan : Pintu yang ada tulis ‘TARIK’.

21. Ubat apa yang tak boleh dimakan?

Jawapan : Ubat nyamuk.

22. Benda apa yang masa hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?

Jawapan : Lilin Hari Jadi

23. Buah apa yang kalau kita nak makan, kita kena langkah dulu?

Jawapan : Buah dam.

24. Nenek apa yang jalannya melompat-lompat?

Jawapan : Nenek katak

25. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?

Jawapan : Bunga tayar.

26. Binatang apa yang ada dua huruf saja?

Jawapan : Udang, U dan G.

27. Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?

Dua-dua kalau dah kringg kita akan angkat.

28. Apa benda yang masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang?

Jawapan : Mata kail

29. Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?

Jawapan : Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.

30. Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang takut dengan perempuan?

Jawapan : Eagle (eee…girl!)

31. Tempat ini beri makanan, minuman dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?

Jawapan: Penjara

32. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang bila kita siram dia mat?

Jawapan : Bunga api

33. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?

Jawapan : Taugeh

34. Kenapa biri-biri jalan lambat?

Kalau jalan cepat, nama dia buru-buru!

35. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

36. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

37. Sekolah apa yang tak ada guru dan murid?

Jawapan : Sekolah cuti

38. Apa yang jauh di mata, dekat di hati?

Jawapan : Usus

40. Apa benda yang bila masuk dia keras, bila keluar, dia lembik?

Jawapan : Stoking

41. Pokok apa bila orang nampak, semua akan lari?

Jawapan : Pokok nak tumbang

42. Bahagian kereta apa yang paling kurus?

Jawapan : Brek, sebab brek tak makan.

43. Air mata apa yang manis rasanya?

Jawapan : Air mata kucing.

44. Sotong kalau dibelah dua jadi apa?

Jawapan : Sotongah (setengah)

45. Ada seekor lembu yang tengah mengamuk. Macam mana nak jadikan dia lembut?

Jawapan : Tambah T dekat belakang, jadilah LEMBUT!

46. Ikan apa yang paling besar di dunia?

Jawapan : Ikan paus celup tepung.

47. Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?

Jawapan : Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

48. Binatang apa yang sejak lahir dah tua?

Jawapan : Burung kakak tua

49. Tempat apa yang paling kecil di Malaysia?

Jawapan : Setapak

50. Anak apa yang tak disayangi dan selalu dipijak-pijak?

Jawapan : Anak tangga.

51. Daun apa yang tak tumbuh di pokok?

Jawapan : Daun terup.

52. Ikan apa yang bila kita panggil, dia berhenti?

Jawapan : Ikan paus (pause)

53. Sebelum Gunung Everest dijumpai, gunung apakah yang paling tinggi di dunia?

Jawapan : Gunung Everest jugalah!

54. Siapa mak ayah kepada Transformers?

Jawapan : Transparent

55. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?

Jawapan : Hang Tuah

56. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang orang tak panggil kereta?

Jawapan : Teksi

57. Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang paling berat?

Jawapan : Mi wantan (one tan)

58. Motor apa yang boleh bergerak tanpa tayar?

Jawapan : Motorbot

59. Dalam banyak-banyak tayar, tayar apa yang ada rambut?

Jawapan : Tayar baru. Kalau tayar dah lama, dia botak!

60. Bom apa yang boleh selamatkan orang dan tidak pernah meletup?

Jawapan: Bomba

  • Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati

Jawapan: Jantung

Wah, menarik betul teka-teki lawak ini! Jawapannya pula memang susah nak dijangka! Jom uji minda anak-anak dengan teka-teki yang kami kongsikan. Pasti lucu!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!