Skim MyezyCover.com: Kemudahan Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Untuk Penjawat Awam 

Terkini Skim Myezycover.com iaitu Program Pembiayaan Insurans Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Dato Ismail Sabri,Perdana Menteri Malaysia.

Melalui program ini, penjawat awam di seluruh negara boleh mendapatkan pembiayaan insurans kenderaan tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 bulan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui platform myezycover.com.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian berkata program itu berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.

Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama strategik daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan penyedia platform pembiayaan kewangan, A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH)

Melalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit

Apa itu Myezycover.com Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

myezcover-com

MyEzyCover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn BhdIanya merupakan sebuah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am.

Selain itu juga MyEzyCover juga menawarkan pinjaman sifar faedah untuk pelanggan yang layak untuk pembelian produk takaful kenderaan. Tiada caj terselindung!

Tawaran Istimewa MyEzyCover.com Untuk Penjawat Awam

  • Pinjaman 0% Faedah. Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalan
  • Ansuran Sehingga 10 bulan. Pembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulan
  • Skim Bayaran Balik Mudah. Pembayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Cara Mohon Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

  1. Layari laman web https://myezycover.com.my/.
  2. Klik butang ‘Sebutharga.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Dapatkan Sebutharga.’
  4. Pilih tawaran sebutharga yang terbaik.
  5. Buat bayaran.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program pembiayaan insurans kenderaan keluarga Malaysia menerusi myezycover.com, sila layari laman web https://myezycover.com.my/ atau

Alamat ;

Work@Clearwater, Lot 9.2. Level 9, Jalan Changkat Semantan, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Email : [email protected]

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!