Taman Laut Melaka : Jenis Aktiviti, Senarai Pengusaha Bot
Taman Laut Melaka : Jenis Aktiviti, Senarai Pengusaha Bot
Negeri Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan popular di Malaysia. Dari tapak bersejarah sehingga aneka hidangan yang menyelerakan, boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu negeri ini akan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Yang terbaharu, Melaka kini turut menawarkan produk pelancongan terbaharu iaitu Taman Laut Melaka.
Tiga buah pulau di Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol diwartakan sebagai Taman Laut pada 4 April 2023 di bawah Akta Perikanan 1985.
Berkeluasan 26.97 kilometer persegi, ia merupakan kawasan perlindungan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika bermula daripada tikas purata air pasang biasa bagi ketiga-tiga pulau tersebut.
Secara tidak langsung, Taman Laut Melaka juga akan menjadi antara produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Antara aktiviti yang ditawarkan di Taman Laut Melaka adalah :
- Snorkelling
- Scuba diving
- Island hopping
- Berkelah dan riadah pantai
Bagi memulihara persekitaran pantai dan batu karang yang terdapat di taman laut, kerajaan negeri mencandangkan untuk menghadkan penyelam serta pengunjung dalam 100 pengunjung dalam satu-satu masa.
Promosi Terkini Taman Laut Melaka
Buat masa ini, Taman Laut terbaharu ini sedang mengadakan promosi bagi menarik pengunjung nikmati keindahan sambil beriadah.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Island Hopping
- RM 450 untuk sewaan 1 bot
- Kapasiti adalah bagi 10 hingga 12 orang penumpang
- Peluang bergambar kenangan di Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol
Snorkelling
- RM 600 untuk sewaan 1 bot
- Kapasiti bagi 10 hingga 12 orang penumpang
- Caj termasuk peralatan set snorkelling dan life jacket
- Boatman akan tunggu sehingga selesai aktiviti snorkelling, berkelah dan rekreasi air.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi mana-mana operator bot yang telah berdaftar seperti di bawah :
Pastikan anda berhubung dengan operator bot yang telah berdaftar sahaja.
Nota : Harga dan senarai daftar pengusaha bot adalah tertakluk kepada perubahan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai tarikan terbaharu di Melaka ini, sila layari laman rasmi Facebook Taman Laut Melaka.
Baca Juga : Border Pass Malaysia : Cara Mohon, Syarat & Had Perjalanan