Nombor Plat Khas UMP ‘UC’ Dibuka Untuk Bidaan Mulai 1 Februari Ini

Nombor Plat Khas UMP ‘UC’ Dibuka Untuk Bidaan Mulai 1 Februari Ini ~ Untuk makluman, nombor plat khas ump ‘uc’ akan dibuka untuk bidaan mulai esok (1 Februari 2022). 

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman. Beliau berkata;  bagi kakitangan dan pelajar UMP, mereka berpeluang mendapat harga istimewa mulai 25 Februari ini.

Tambahnya lagi, UMP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran UC mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama. 

Nombor Plat Khas UMP ‘UC’

Ketika ditanya apakah maksud disebalik nama “UC”, beliau menjawab; kombinasi dua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U iaitu awalan perkataan UMP, manakala C adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang.  

Antara objektif penjualan nombor pendaftaran khas itu adalah susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu universiti awam menjana pendapatan sendiri.

Bidaan nombor plat UC ini adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan.

Hasil penjualan no.plat ini akan disalurkan ke tabung Yayasan UMP bagi kegunaan kebajikan mahasiswa serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan universiti.

Kepada mereka yang berminat, anda boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my untuk mendaftar. 

Nombor Plat Khas UMP ‘UC’
Nombor Plat Khas UMP ‘UC’

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari https://www.ucplat.com.my/ untuk proses bidaan. 

Proses bidaan akan bermula pada 1 Feb sehingga 14 Feb 2022, iaitu selama 2 minggu sahaja. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!