Semakan Status Perkahwinan di Portal E-Syariah

Semakan Status Perkahwinan di Portal E-Syariah

Dalam Islam, perkahwinan merupakan akad yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di samping menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

Dalam masa yang sama, perkahwinan juga mampu memberikan impak atau pengaruh yang besar kepada kehidupan seseorang. Bagi yang ingin berkahwin, adalah penting bagi mereka untuk semak latar belakang pasangan.

Bagi memudahkan orang ramai menyemak status perkahwinan atau penceraian seseorang individu, kerajaan telah mewujudkan sebuah portal e-syariah.

Portal ini dapat membantu anda menyemak status pasangan sebelum anda berkahwin. Jadi, ini dapat melindungi seseorang individu daripada terjebak dengan penipuan daripada individu lain mengenai status perkahwinan mereka.

Selain untuk tujuan semakan status perkahwinan atau perceraian, portal ini turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk orang ramai.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Kemudahan Portal E-Syariah

Sebagai pengguna, anda dapat nikmati kemudahan perkhidmatan secara percuma seperti berikut :

  • Pra-Pendaftaran Dalam Talian.
  • Langganan Surat Berita E-Syariah.
  • Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.
Semakan Status Perkahwinan

Nota : Untuk nikmati kemudahan yang disediakan, anda perlu membuat pendaftaran keahlian terlebih dahulu.

Di samping itu, portal ini turut menawarkan soal jawab mengenai isu perkahwinan seperti :

  1. Perceraian
  2. Perkahwinan
  3. Fasakh
  4. Li’an
  5. Hadhanah
  6. Faraid
  7. Mutaah

Cara Semakan Status Perkahwinan di Laman E-Syariah

  • Layari portal e-Syariah di alamat http://www.esyariah.gov.my/.
  • Masukkan nombor kad pengenalan individu yang anda ingin buat semakan.
  • Maklumat perkahwinan atau perceraian seseorang akan dipaparkan.
  • Untuk makluman, semua maklumat yang dipaparkan dalam laman ini diperolehi daripada semua Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai kemudahan portal ini, sila hubungi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di salah satu saluran berikut :

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
Telefon: 03-8887 9200
Faks: 03-8887 9500

Baca Juga : Cara Wudhu Yang Tertib, Syarat & Perkara Wajib Serta Sunat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!