Penulisan & Contoh Cover Letter Untuk Permohonan Kerja
Selain menghantar resume kepada bakal majikan untuk permohonan kerja, tidak lengkap rasanya permohonan tersebut tanpa menghantar bersama Cover Letter.
Cover Letter atau dalam Bahasa Melayunya ialah Surat Permohonan Pekerjaan dihantar kepada bakal majikan untuk memaklumkan hasrat untuk memohon pekerjaan.
Oleh itu, permohonan kerja dengan hanya menghantar resume semata-mata adalah tidak mencukupi dan pemohon perlu menyertakan Cover Letter kepada bakal majikan.
Cover Letter yang ditulis perlu ditulis menggunakan format Surat Rasmi kepada bakal majikan.
Tips Penulisan
Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan bagi penulisan Cover Letter yang baik iaitu:
- Pastikan maklumat diri anda adalah betul dan bukannya palsu.
- Berikan kelebihan anda secara ringkas dan tidak terlalu panjang.
- Jangan letakkan jangkaan gaji anda.
- Letakkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon dan email.
Format Sebenar
Setiap permohonan untuk memohon pekerjaan adalah merupakan urusan rasmi dan surat yang dihantar juga mestilah atas urusan rasmi.
Justeru itu, format lengkap bagi penulisan Cover Letter adalah seperti berikut:
1. Nama dan alamat pemohon
Nama dan alamat pemohon perlu ditulis pada bahagian paling atas surat tersebut.
Pemohon perlu meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.
Alamat yang perlu diletakkan pemohon adalah alamat rumah atau alamat surat menyurat yang membolehkan pihak bakal majikan menghantar surat kembali kepada pemohon.
2. Nama Jabatan, Syarikat/Institusi dan alamat penerima
Nama jabatan, syarikat/institusi dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pemohon.
Nama-nama tersebut perlu ditulis dengan penuh dan bukannya nama singkatan.
Alamat penerima ialah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat syarikat atau institusi tersebut beroperasi.
3. Tarikh surat ditulis
Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.
Tarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.
Bulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.
4. Panggilan Penerima
Panggilan penerima atau bakal majikan yang biasa digunakan ialah Tuan.
Panggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.
- Tajuk
Tajuk Cover Letter yang perlu ditulis adalah untuk memohon pekerjaan beserta jawatan.
Tajuk mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.
6. Isi Kandungan
Pada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis iaitu untuk memohon pekerjaan.
Untuk perenggan kedua pula, pemohon perlu menyatakan mengapa mereka layak untuk memohon pekerjaan tersebut.
Pada perenggan ketiga pula, pemohon perlu memberikan maklumat untuk dihubungi secara ringkas dan ucapan terima kasih kepada penerima surat iaitu bakal majikan.
7. Tandatangan dan nama pemohon
Di akhir surat terbabit, pemohon perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.
Di bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.
Contoh-Contoh Panduan
Contoh-contoh yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:
Contoh 1:
Contoh 2:
Maklumat Lebih Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cover Letter, anda boleh melayari pautan https://www.thebalancecareers.com/cover-letter-sample-for-a-resume-2060250.