MAINS : Bantuan Keusahawanan 2022 Golongan B40 Fakir Miskin

Permohonan Bantuan Keusahawanan Masjlis Agama Islam Negeri sembilan MAINS 2022 kini di buka. Skim bantuan keusahawanan ini bertujuan membantu golongan fakir miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi

 

Permohonan untuk bantuan keusahawanan MAINS ini dibuka sepanjang tahun.

Baca juga : Permohonan Bantuan Fakir Miskin Negeri Sembilan MAINS

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS

Sehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu(The Muslim Law and Malay Custom(Determination) Enactment.F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perentah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983 (kesalahan-kesalahan syara’) (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).

Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato’Hj.Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj.Ahmad b Sheikh Hj.Mohd Said b Hj.Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).

 

bantuan keusahawanan majlis agama islam negeri sembilan

Syarat Permohonan Bantuan Keusahawanan MAINS 2022

Pemohon untuk bantuan ini perlu memenuhi syarat seperti yang berikut ;

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Sembilan.
  • Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa.
  • Tertakluk pada pengiraan had kifayah.

 

Cara Memohon

  • Borang permohonan (Borang Am Kebajikan) boleh didapati di kaunter-kaunter Pejabat MAINS Daerah dan Cawangan atau
  • Imbas kod QR seperti dalam poster untuk muat turun borang.

 

Dokumen Di perlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/penjaga
  • Salinan sijil nikah /surat cerai/ sijil kematian jika ada
  • Salinan bil air /elektrik tempat tinggal pemohon terkini
  • Salinan slip gaji /pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan buku akaun /penyata akaun bank (milik pemohon)
  • Salinan lesen berniaga /lesen pendaftaran ssm/lesen nelayan
  • Salinan penyata kwsp ( jika berkenanan)
  • Penyata bank pinjmanan perumahan /pengesahan tuan rumah
  • Sebutharga barang dari kedai ( jika berkenaan)

 

Semua Salinan mestilah disahakan oleh imam masjid/pengerusi masjid/pengerusi jawatankuasa komuniti

 

 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Keusahawanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS 2022, sila rujuk laman web https://www.mains.gov.my/ MAINS atau scan kod QR yang terdapat dalam poster di atas.

 

Alamat

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

Email : [email protected]
Nombor telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405
Nombor fax : 06-762 0648

Laman sosial MAINS

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!