Perumahan Generasi Baharu FELDA (Syarat & Cara Mohon)

Perumahan Generasi Baharu FELDA (Syarat & Cara Mohon)

Sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA ke-67 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan inisiatif dan peruntukan sewajarnya bagi menyiapkan segera 283 unit Perumahan Generasi Baharu FELDA (PCBF) bagi menyelesaikan isu perumahan untuk belia FELDA.

Dalam masa yang sama, kajian akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan generasi baharu yang akan datang.

Antara inisiatif yang diumumkan juga meliputi pelbagai aspek termasuk kesihatan, pembekalan air bersih, subsidi diesel, pendigitalan dan prasarana.

Dalam pada itu, kerajaan meluluskan dana sehingga RM 1 bilion setiap tahun bagi tempoh 10 tahun bagi menjamin pembangunan FELDA.

Bagi yang ingin memohon Perumahan Generasi Baharu FELDA, ikuti perkongsian kami secara lanjut.

Apa itu Perumahan Generasi Baharu FELDA?

Perumahan Generasi Baharu FELDA adalah sebuah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd.

Syarikat ini adalah salah satu dari cabang yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.

Pakej Rumah Lot Kediaman Generasi Baharu Felda

  • Pakej Orkid – RM 78,000
  • Pakej Raflesia – RM 87,000
  • Pakej Kenanga – RM 113,800
  • Pakej Teratai – RM 135,000
  • Pakej Anggerik – RM 155,800
  • Pakej Alamanda – RM 199,800
Perumahan Generasi Baharu FELDA
  1. Rumah Katagori A (Alamanda):
    • 4 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM199,800
  2. Rumah Katagori B (Anggerik):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM155,800
Perumahan Generasi Baharu FELDA
  1. Rumah Katagori C (Teratai):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM135,800
  2. Rumah Katagori D (Kenanga):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM113,800
Perumahan Generasi Baharu FELDA
  1. Rumah Katagori E (Rafflesia):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM87,800
  2. Rumah Katagori F (Orkid):
    • 2 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM78,800

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun
  • Tawaran terbuka kepada pemohon Lot Generasi Felda (LGF) yang telah memiliki geran lot rumah daripada Pejabat Tanah sahaja.
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
  • Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  • Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
  • Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan.

Cara Memohon Perumahan Generasi Baharu FELDA

Calon yang berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan di puatan berikut:

Borang Permohonan Lot Kediaman Generasi

Pemohon perlu mengisi borang permohonan tersebut dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Seterusnya, hantarkan borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke alamat berikut :

FIC Supplies Sdn Bhd
Aras 4, Balai Felda,
Jalan Gurney 1,
54000 Kuala Lumpur.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. MyKad.
  2. Salinan geran individu.
  3. Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
    – Pendaftaran syarikat/perniagaan
    – Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A.
    – Penyata bank 6 bulan terkini.
  4. Bagi berpendapatan tetap:
    – Slip gaji 3 bulan terkini
    – Surat pengesahan majikan
    – Penyata bank 3 bulan terkini

Proses Permohonan

Pemohon perlu mengisi borang permohonan Lot Generasi Baharu Felda yang disediakan oleh pihak FIC Supplies.

Borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak FIC Supplies.

Permohonan yang LAYAK akan meneruskan untuk proses pinjaman pembiayaan; manakala permohonan yang TIDAK LAYAK anda akan dimaklumkan oleh wakil jualan FIC Supplies.

Bagi yang layak, wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank yntuk dilengkapkan oleh pemohon.

Borang pinjaman pembiayaan perumahan bank perlulah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan bagi proses permohonan pinjaman pembiayaan.

Wakil jualan akan menghantar borang pinjaman pembiayaan perumahan bank beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak bank bagi pemohon-pemohon yang LAYAK.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Perumahan Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian 010-2321037.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai permohonan geran dan bantuan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Perumahan Generasi Baharu FELDA ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!