Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Bonus Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Berita baik buat pengguna pakej prabayar CelcomDigi, Unifi Mobile, Umobile dan Yes. Kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ianya telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.

Beliau dalam kenyataan berkata inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi

Pakej Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 pada tahun ini, kerajaan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat bersetuju untuk memberikan inisiatif kepada pengguna pakej prabayar untuk menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.

Baca juga : Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023

Tawaran Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Cara untuk mendapatkan promosi khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ini,para pengguna pakej prabayar boleh melihat tawaran -tawaran yang disediakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing seperti berikut

MaxisCelcomDigiUnifi MobileUmobileYes
Bonus 100GB dengan pelan internet HotlinkMUPelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama 4 hariPulangan tunai RM5.00 dengan pelan internet prabayar 4G/5GBonus 10GB dengan pelan Pakej PerpaduanBonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama 7 hari
Tempoh tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeliSah sehingga 15 Mei 2023RM35 data 4g dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hariSah hingga 31 Mei 2023Sah sehingga 15 Mei 2023
Sah seingga 15 Mei 2023Sah sehingga 5 Mei 2023

Maxis – bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli & sah hingga 15 Mei ini

CelcomDigi – pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.

Unifi Mobile – pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.

Umobile – bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023

YES – bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei.

*Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.

Sila rujuk kenyataan media rasmi melalui lampiran di bawah:

kuota internet percuma sempena hari raya 2023

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tawaran kuota internet percuma sempena hari raya 2023 ini, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda atau layari laman web rasmi berikut:

Soalan Lazim F.A.Q

Sampai bilakah tempoh tawaran Kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri ?

Tawaran ini sah bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei  2023 tertakluk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing

Bagaimana cara untuk dapatkan promosi ini?

i)CelcomDigi – pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.
ii)Unifi Mobile – pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.
iii)Umobile – bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023
iv)YES – bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!