Permit Umrah Ramadan 2022 Dibuka

Permohonan permit umrah Ramadan 2022 di buka. Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan dibuka bermula semalam dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.

Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.

“Langkah ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, slot tempahan umrah pada Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan slot sebelum ini.

Untuk makluman anda, permohonan permit umrah dan haji sebelum ini dibekukan sementera disebabkan peningkatan kes wabak covid.COVID-19 membabitkan varian Omicron. 

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah mengenakan tempoh menunggu 10 hari antara dua umrah untuk mencegah penularan COVID-19 di tanah suci. 

Kementerian tersebut sebelum ini mengenakan tempoh 15 hari antara pelaksanaan dua jemaah umrah tetapi membatalkan langkah itu pada Oktober tahun lalu. 

Berita Terbaru dari Mekah, Arab Saudi 6.3.2022

  1. Tiada lagi penjarakan Solat di Masjidi Haram dan Masjid Nabawi
  2. Pelitup muka tidak wajib di tempat-tempat terbuka.
  3. Kes Covid19 di Arab Saudi semakin menurun.

Baca juga : Permohonan Permit Bazar Ramadhan MBSA 2022

Cara Permohonan Permit Umrah Ramadan 2022

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi

  1. Eatmarna
  2. Tawakkalna

SOP Baharu Bagi Umrah

Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 bertarikh 8 Februari 2022 telah bersetuju dengan pelaksanaan SOP baharu untuk aktiviti umrah. Antara perkara-perkara penting di bawah SOP baharu ini adalah:

  1. Syarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai 40 jemaah dan ke atas untuk mengawal/mengelola jemaah sepanjang perjalanan termasuk semasa di lapangan terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia. Manakala bagi kumpulan yang kurang dari 40 jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA. Tatacara pengurusan dan bagaimana untuk memohon kebenaran PIC untuk masuk ke ruang PMA di KLIA akan dimaklumkan kemudian melalui persatuan-persatuan pengendali umrah;
  2. Mewajibkan dos penggalak; dan
  3. Membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan HQA. Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

SOP baharu ini akan dikuatkuasakan bermula pada 14 Februari 2022. Susulan itu, kepada jemaah-jemaah yang melaksanakan perjalanan mengerjakan umrah di dalam tempoh 8 Februari 2022 sehingga 13 Februari 2022 boleh mengguna pakai tatacara SOP sebelum ini.

Penggunaan SOP baharu akan mula diterima pakai sebaik sahaja jemaah kembali semula ke Malaysia. Ini termasuklah menjalani kuarantin di rumah secara automatik kecuali yang memilih untuk kuarantin di pusat kuarantin swasta

Sumber : https://www.motac.gov.my/media2/siaran/pelaksanaan-sop-baharu-bagi-umrah

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan soalan mengenai Permit Umrah Ramadan 2022 dan sop terkini anda boleh hubungi;

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

Telefon : 03 8000 8000

Email : [email protected]

Website : https://www.motac.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!