Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM

Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) kini dibuka.

Permohonan ini ditawarkan bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Untuk makluman, program ini akan berlangsung selama 2 bulan (8 minggu).

Baca Juga : Permohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM

Maklumat Program

Calon yang terpilih akan ikuti program yang ditawarkan seperti berikut :

  • Program : Program Insentif Bahasa Inggeris (Insentive English Programme : IEP)
  • Tempoh : 2 bulan (8 minggu)
  • Kemasukan : Sesi 1/2022 ambilan bulan April
  • Tempoh Permohonan : Bermula 18 Februari hingga 18 Mac 2022
Program Insentif Bahasa Inggeris KPM

Lokasi Program Insentif Bahasa Inggeris KPM

Program ini akan dijalankan di beberapa lokasi seperti berikut :

  • KPM Ayer Molek, Melaka
  • KPM Bandar Melaka, Melaka
  • KPM Bandar Penawar, Johor
  • KPM Beranang, Selangor
  • KPM Beaufort, Sabah (khas bagi pelajar Sabah)
  • KPM Seri Iskandar, Perak

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumputera dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
  • Pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon bekeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

Syarat Khusus

Pemohon memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Kemasukan melalui SPM :

  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Memperoleh minimum 3 kepujian dalam SPM termasuk subjek Bahasa melayu dan dua subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris dengan gred D& Lulus Matematik dengan minimum gred E.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal UPIM melalui pautan berikut :

Permohonan Kemasukan ke Program Insentif Bahasa Inggeris (IEP)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan Bahagian Pendidikan MARA seperti butiran berikut :

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,

Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,

Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Nombor Telefon : 03 – 261 34074 / 03 – 261 34075 / 03 – 261 34076 / 03 – 261 34077 / 03 – 26134081

Alamat Emel : [email protected]

Sila rujuk pada pautan ini untuk keterangan lanjut mengenai program :

IKLAN IEP MARA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!