Smart Selangor Parking : Cara Daftar, Bayar e-Kupon Parkir & Semak Kompaun

Smart Selangor Parking: Cara Daftar, Bayar e-Kupon Parkir & Semak Kompaun ~ Bermula 3 Januari 2022, segala urusan pembayaran parkir akan diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi negeri Selangor dan akan menggunakan sepenuhnya kaedah digital (online). 

Smart Selangor Parkin

Penggunaan kupon manual akan digantikan dengan pembayaran parkir secara digital. Semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP). 

Perkara ini telah dimaklumkan secara rasmi oleh  EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han pada Mac yang lepas. 

Antara objektif utama Inisiatif Smart Selangor ini adalah untuk membolehkan proses pembayaran parkir menjadi lebih mudah, cepat dan selamat. Selain itu, objektif gagasan Smart Selangor adalah untuk membawa Selangor ke arah negeri berpaksikan rakyat (citizen-centric state) yang didorong oleh falsafah tadbir urus berasaskan penyelesaian pintar.

Selain membayar parkir, aplikasi ini turut berfungsi membolehkan pengguna untuk; 

  • Membuat bayaran parkir merentasi PBT di Selangor
  • Imbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talian
  • Memberi peringatan tempoh tamat parkir
  • Pembayaran tempat letak kereta (parkir) secara atas talian
Smart Selangor Parking

Cara Bayar Parking Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking

Sila ikuti langkah-langkah dibawah: 

  1. Anda perlu memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking di Google/Apple Play Store terlebih dahulu melalui pautan yang diberikan dibawah. Atau,  layari laman web: https://www.smartselangor.com.my/services/smart-parking/
  1. Pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan.

Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran melalui ejen e-Kupon yang sah. Ini adalah merupakan alternatif bagi pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar atau belum memuat turun aplikasi tersebut. 

Sekiranya anda ingin menambah nilai kredit e-kupon, anda boleh melakukannya di beberapa kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart.

Semakan Kompaun & Cara Bayar Secara Atas Talian (Online)

Selain pembayaran parkir, melalui aplikasi Smart Selangor Parking ini,  anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian dan terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.

Smart Selangor Parking

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi SSP di pautan berikut: https://www.smartselangor.com.my/

Atau, hubungi: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!