Selangor Freelance: Insentif RM400 Untuk Warga Selangor

Selangor Freelance: Insentif RM400 Untuk Warga Selangor ~ Ekonomi Gig merupakan salah satu peluang baru pekerjaan dalam sektor digital yang boleh membantu anda menjana penjana pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah. 

Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan inisiatif Selangor Freelancer yang menawarkan 5,000 kekosongan untuk peserta mengikuti sesi latihan dan kemahiran secara atas talian. Program ini adalah khusus untuk warga Selangor sahaja. 

Inisiatif ini adalah untuk membantu warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital lebih-lebih lagi pada musim pandemik COVID19. 

Melalui inisiatif Selangor Freelancer, warga Selangor yang berusia 18 tahun ke atas berpeluang untuk menjana pendapatan dan sekaligus layak menerima RM400 sebagai insentif daripada Kerajaan Negeri.

Selangor Freelancer

Selangor Freelancer: Program Latihan Selama 2 Hari

Program ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Workana iaitu, sebuah platform padanan kerja.

Selangor Freelance disenaraikan dibawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC). 

Melalui program ini, peserta Selangor Freelance akan dilatih bagaimana hendak menjadi pekerja bebas (freelancer) serta turut diterangkan cara-cara untuk menggunakan platform Workana dan berlangsung selama dua hari. 

Setelah tamat latihan selama dua hari tersebut, semua peserta layak menerima insentif RM400 daripada Kerajaan Negeri. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan; Workana.

Syarat Utama Kelayakan

Berikut ialah antara syarat-syarat utama untuk mengikuti program ini; 

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas 
  • Merupakan warga Selangor & tinggal di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan

Cara Mendaftar/Memohon Selangor Freelance

  1. Sekiranya anda berminat, anda boleh memohon melalui atas talian di pautan berikut: http://selangor.workana.com.
  1. Kemudian, klik “SIGN UP”. 
  1. Isikan maklumat anda yang diperlukan seperti; nama, emel dan no telefon untuk pra-daftar. 

NOTA: Pastikan anda menggunakan emel dan no telefon yang aktif untuk memudahkan anda menerima sebarang emel/notifikasi penting berkaitan program ini. 

Untuk melayakkan anda mendapatkan insentif RM400, anda perlu; 

  1. Mendaftar sebagai Selangor Freelancer melalui pautan yang diberikan di atas (http://selangor.workana.com)
  1. Mengikuti latihan yang disediakan selama 2 hari. 
  1. Insentif RM400 akan diberikan selepas tamat latihan 2 hari tersebut, serta anda juga boleh memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.workana.com atau www.platselangor.com. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!