Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

Sukacita dimaklumkan bahawa para suri rumah juga boleh mendapatkan perlindungan PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Skim yang diperkenalkan sejak 1 Disember 2022 ini bertujuan untuk melindungi serta menjaga kebajikan golongan suri rumah daripada bencana domestik atau apa-apa penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.

Memetik ucapan daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam core economy yang turut membantu dalam penjanaan ekonomi negara.

Tambah beliau, Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini.

Baca Juga : SPS Khidmat | Skim Caruman  PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri

Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

Skim ini menawarkan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan sehingga menjejaskan keupayaan dalam menguruskan rumah tangga.

SKSSR

Siapakah Suri Rumah?

  • Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.

Perlaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO

Melalui skim yang diperkenalkan, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan dikenakan buat mereka yang tidak melaksanakannya.

Bagaimanapun, sekiranya pasangan berkenaan bercerai atau suami tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

Menurut Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Izad Raya dalam sebuah kenyataan berkata, “Dalam hal ini, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,”

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada PERKESO.

SKSSR

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

Faedah SKSSR

Skim ini bakal memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa bagi dua jenis faedah perlindungan iaitu :

  • Faedah Perlindungan Bencana Domestik
  • Faedah Perlindungan Keilatan

Faedah Perlindungan Bencana Domestik adalah sebagaimana berikut :

  1. Perubatan
  2. Hilang upaya kekal
  3. Elaun keuzuran
  4. Elaun layanan sentiasa
  5. Kemudahan pemulihan jasmani / dialisis
  6. Pengurusan mayat
  7. Pencen penakat

Sementara itu, faedah Perlindungan Keilatan adalah seperti berikut

  1. Elaun Keuzuran
  2. Pencen Penakan
  3. Faedah Pengurusan Mayat
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Kemudahan Jasmani

Cara Pendaftaran

Pemohon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di laman web PERKESO melalui pautan berikut :

https://suri.perkeso.gov.my/

Pendaftaran juga boleh dilakukan di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara dengan mengisi borang SR 1.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut :

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!