Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bagi Setiap Negeri (Disember 2021)

Diskaun Saman Trafik Sehingga 50%  Bagi Setiap Negeri (Disember 2021) ~ Berita baik buat anda! Sekiranya anda mempunyai saman yang belum dibayar, ini lah masa terbaik untuk berbuat demikian.

Sempena di akhir bulan 2021 ini, terdapat beberapa negeri yang menawarkan pengurangan saman trafik PDRM sehingga 50%.

Bayar Saman, Diskaun Sehingga 50% Menanti Anda!

Berikut adalah senarai negeri-negeri yang menawarkan pengurangan saman. Sekiranya negeri anda tidak tersenarai, sila rujuk di mana-mana kaunter trafik yang berdekatan anda. 

1. SARAWAK 

Diskaun saman trafik Sarawak

Anda boleh dapatkan diskaun saman 50% di semua kaunter saman trafik seluruh Kontinjen Sarawak dan pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 3:00 petang (waktu pejabat).

Tarikh: Bermula 1 Disember sehingga 14 Disember 2021. 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Memberhaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Kemalangan
  6. Dalam Perbicaraan
  7. Tidak Boleh Kompaun
  8. Kesalahan Berkaitan Lori
  9. Pengubahsuaian Ekzos

2. PERLIS

Diskaun saman trafik PERLIS

Dapatkan diskaun saman 50% dengan kadar minima RM30 di semua kaunter saman trafik JSPT IPK Perlis, Arau, dan Padang Besar. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat).

Tarikh: Bermula 1 Disember sehingga 5 Disember 2021. 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Saman kemalangan
  2. Saman Berstatus NC (No Compound)
  3. Saman dalam perbicaraan
  4. Saman berstatus waran tahun semasa / status mahkamah
  5. Saman berkaitan lori

3. KEDAH

Diskaun saman trafik KEDAH

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun saman trafik sehingga 50% pada bulan Disember 2021 ini. Anda boleh melakukan pembayaran di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Pendang, Kedah pada waktu pejabat, 9 pagi – 4 petang.

Diskaun ini hanya boleh didapatkan selama dua hari berdasarkan tarikh yang ditetapkan (6-8 Disember). 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Memberhaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Kemalangan
  6. Dalam Perbicaraan
  7. Tidak Boleh Kompaun
  8. Kesalahan Berkaitan Lori
  9. Pengubahsuaian Ekzos

4. PERAK 

Diskaun saman trafik PERAK

Anda boleh dapatkan diskaun saman sehingga 50% di semua kaunter saman trafik PDRM Perak. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka seperti ketetapan berikut: 

  • Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat pukul 1-2 petang)
  • Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 12  t/hari – 2.30 petang)

Tarikh: Bermula 1 Disember sehingga 30 Disember 2021. 

Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
  4. Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

5. KELANTAN 

Diskaun saman trafik KELANTAN

Dapatkan diskaun saman 50% sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan di semua kaunter saman trafik seluruh Kontinjen Kelantan. 

Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu pejabat).

Tarikh: Bermula 15 sehingga 30 November 2021. 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Merbahaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Dalam Perbicaraan
  6. Tidak Boleh Kompaun
  7. Kesalahan Berkaitan Lori
  8. Pengubahsuaian Ekzos
  9. Saman Kemalangan

6. PAHANG 

Dapatkan diskaun saman sehingga 50%  di semua kaunter saman trafik Kontinjen Pahang. 

Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu pejabat).

Tarikh: Bermula 22 Nov sehingga 6 Disember 2021. 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Merbahaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Dalam Perbicaraan
  6. Tidak Boleh Kompaun
  7. Kesalahan Berkaitan Lori
  8. Pengubahsuaian Ekzos
  9. Saman Kemalangan

7. NEGERI SEMBILAN 

Tawaran diskaun tawaran pengurangan sehingga 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.

Anda boleh membuat pembayaran di kaunter saman semua daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Negeri Sembilan pada waktu pejabat, 9 pagi – 4 petang. 

Jenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga  50% untuk semua jenis saman KECUALI:

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Merbahaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Dalam Perbicaraan
  6. Tidak Boleh Kompaun
  7. Kesalahan Berkaitan Lori
  8. Pengubahsuaian Ekzos
  9. Saman Kemalangan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kaunter trafik berdekatan anda atau rujuk laman Facebook rasmi PDRM negeri masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!