Skim Cakna Suri Rumah 2023 Bantuan Tunai RM200

Skim cakna suri 2023 bagi suri rumah kelantan sepenuh masa telah dibuka untuk permohonan bantuan tunai one off RM200.

Tarikh tutup permohonan skim cakna 2023 ini adalah pada 31 Januari 2023. Jadi sekiranya anda seorang suri rumah sepenuh masa, pendapatan isi rumah kurang RM2000 sebulan cepat-cepat isi permohonan untuk bantuan cakna suri rumah Kelantan 2023

Skim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.

Skim Cakna Suri Tahun 2023

skim cakna suri 2023

Bagi yang tak tahu, apa itu Skim Cakna Suri ni merupakan bantuan wang tunai secara one-off oleh kerajaan negeri kelantan sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah.

Program bantuan suri rumah Kelantan ini telah bermula sejak 2020. Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri  termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.

Bagi tahun 2023, bantuan suri rumah berbentuk wang tunai secara one-off diteruskan lagi dan di naikan daripada RM100 pada tahun sebelumnya kepada RM200 seperti yang di warwakan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan

Syarat Kelayakan

Bagi suri rumah yang ingin memohon bantuan ini, berikut syarat-syarat permohonan ;

  1. Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah
  2. Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  3. Merupakan rakyat Negeri Kelantan
  4. Mempunyai pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah
  5. Pemohon bukan penerima Skim Cakna Suri 2022

Cara Permohonan

Bagi mereka suri rumah yang layak, berikut cara-cara permohonan ;

  1. Dapatkan borang permohonan, boleh muat turun borang pada pautan di bawah
  2. Lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan
  3. Hantarkan borang permohonan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2023
  4. Borang boleh dihantar secara serahan tangan atau pos di alamat yang tertera pada borang permohonan.

Senarai Dokumen Sokongan

  • Salinan kada pengenalan pemohon (pastikan jelas)
  • Pengesahan no.akaun pemohon (pastikan jelas). Jika menggunakan akaun suami/anak, sila lampirkan bersama salinan kad pengenalan penama akaun

Borang Skim Cakna Suri 2023

Borang Skim Cakna Suri 2023 boleh dimuat turun pada link berikut

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Cakna Suri 2023, anda boleh menghubungi ;

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569

Soalan Lazim F.A.Q

Saya tidak mempunyai akaun bank, bolehkah permohonan saya mengunakan akaun bank suami saya?

Boleh. Permohonan boleh menggunakan akaun bank suami/anak. Jika menggunakan akaun suami/anak, sila lampirkan bersama salinan kad pengenalan penama akaun

Alamat pada ic/mykad saya beralamat di Kota Bharu tapi alamat surat-menyurat di Machang, nak tulis DUN dan Parlimen dekat mana?

Parlimen adalah, tempat anda mengundi

Jika saya berpendapatan RM2,100, adalah saya layak membuat permohonan?

Tidak. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM2,000 ke bawah.

Bila tarikh tutup permohonan?

Tarikh tutup permohonan Skim Cakna Suri ialah pada 31 Januari 2023 (Selasa)

Saya seorang suri rumah, tapi tidak mempunyai anak adakah saya layak memohon?

Tidak. Syarat kelayakan adalah suri rumah mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan

Di mana saya nak hantar borang permohonan Skim Carna Suri?

Permohonan boleh di hantar ke ;

Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),
Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek,
15000 Kota Bharu, Kelantan

No Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497

Macam mana cara untuk saya hubungi, jika saya mempunyai pertanyaan berkaitan skim cakna suri?

Bagi suri rumah yang mempunyai pertanyaan mengenai skim ini, sila hubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915 atau Unit Kaunseling di talian 013-983 5912.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!