SJKP | Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan & Syarat Kelayakan
SJKP | Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memiliki rumah walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap.
Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap dalam pembentangan bajet 2022 yang diadakan pada hujung tahun lalu.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia.
Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.
Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Pembayaran bulanan semua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
- Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu (bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan).
Terma & Syarat Pembiayaan
- Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
- Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
- Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
- Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
- MRTA / MRTT : Wajib
- Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan
Cara Membuat Permohonan
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti; Penyata Akaun Simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).
NOTA:
- Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
- Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Institusi Yang Menyertai SJKP
Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K); Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
- Tel: 03-2096 5000
- Faks: 03-2096 5090
- E-mel: [email protected]
NOTA:
SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.