Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah
Borang permohonan rumah mampu milik Taman Penaga Mewah boleh di dapati secara online. Kerajaan Negeri Sembilan mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi permohonan untuk memiliki rumah mampu milik di Taman Penaga Mewah, Negeri Sembilan
Harga rumah bermula dari RM80,000. Butir-butir rumah dan syarat permohonan adalah seperti di bawah.
Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah
Permohonan bagi memiliki Rumah Mampu Milik TYPE A BERHARGA RM80,000 di Taman Penaga Mewah, Negeri Sembilan ini boleh di buat secara online sebelum tarikh tutup
Tarikh permohonan
7 Febuari 2022 sehingga tarikh tutup permohonan 20 Febuari 2021
Syarat-Syarat Permohonan:
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Pemilihan Jenis Lot *
Pemohon adalah dibenarkan membuat 1 pilihan lot sahaja. Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan seisi rumah.
- TENGAH – RM80,000
- TEPI – RM130,000
- PENJURU (926 meter persegi) – RM220,190
- PENJURU (1098 meter persegi) – RM231,370
- PENJURU (1378 meter persegi) – RM249,570
- PENJURU (1765 meter persegi) – RM274,725
Maklumat Rumah
(Pelan Lokasi, Keluasan Tanah, Spesifikasi Rumah, Pelan Tapak Dan Alamat Pejabat Jualan Pemaju).
Pelan Lokasi
Spesifikasi Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah
Lokasi
Borang Permohonan
Borang permohonan online boleh layari pautan berikut
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrSU4k2P0fkLOr_q_F3XPH8_OwTmJdnPPB0Rtpl7J3fNRHyA/viewform
SILA BACA DAN FAHAMI SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN*
– Semua maklumat didalam borang ini hendaklah diisi dengan HURUF BESAR
– Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja diterima bagi seisi rumah.
– Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.
– Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik ‘HANTAR’.
Penting, sebelum anda mengisi borang permohonan. Pastikan anda menyediakan dokumen di bawah. dokumen dalam format pdf perlu di upload menerusi pautan ini
Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik (Upload): *
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan /Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang)
- Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA)
- SILA MUAT NAIK (UPLOAD) DOKUMEN DI ATAS KE ALAMAT EMEL rmmpenagamewah@admin
Borang Pengesahan Pendapatan
- Borang boleh di download menerusi pautan berikut ;https://drive.google.com/file/d/1yupD0GQKqvZj8f9FD0o85Yd_2e1jVf9M/view
- Borang yang telah didownlod perlu di cetak
- Isi borang tersebut dengan maklumat yang lengkap beserta cop pengesahan
- Borang yang telah lengkap diisi perlu di hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan
Maklumat lanjut
Sekiranya anda menghadapi kesulitan dan pertanyaan boleh hubungi ;
Alamat
Bahagian Perumahan,Tingkat 4,Blok D
Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Negeri Sembilan,Wisma Negeri
70503 Seremban
Facebook : https://www.facebook.com/UnitPerumahanN9
Nombor telefon pemaju : 018-9131977 (Azza Mewah Deveploment)
Artikel berkaitan :
- Permohonan RMR 2021 : Rumah Golongan Berpendapatan Rendah
- Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap