Si Pencuri Kacak : Sinopsis, Barisan Pelakon, Trailer

Diterbitkan oleh Saujana Dedikasi Sdn Bhd, telefilem Si Pencuri Kacak ini pasti bakal menambat hati penggemar filem bergenre komedi romantik.

Ayuh kita sama-sama semak latar belakang telefilem yang ditayangkan secara keslusif di Tonton ini dengan lebih lanjut.

Sinopsis Si Pencuri Kacak

Diarahkan oleh Harris Fadzilah, telemovie Si Pencuri Kacak mengisahkan seorang novelis lelaki bernama Zahim (Ashraf Muslim) yang sangat kecewa dengan kegagalan novel pertamanya di pasaran.

Untuk mengatasi masalah ini, Dean (Mark Adam) telah memberi cadangan kepada Zahim untuk menggunakan nama pena wanita iaitu Zuraya Amri.

 Konflik bermula apabila seorang blogger iaitu Mira (Reen Rahim) sering memberi komen-komen negatif kepada Zahim di media sosial sehingga membuatkan si novelis berasa sangat geram dan tercabar.

Ini telah membuatkan Zahim nekad untuk mencuri semua novel Zuraya Amri di kedai buku milik Mira.

Malangnya, rancangan Zahim gagal apabila dia tertangkap. Lebih teruk lagi, dia juga terpaksa bekerja di kedai buku itu tanpa gaji demi mengelak dari didakwa polis.

Namun, apa yang paling sukar buat Zahim adalah dia terpaksa berhadapan dengan wanita yang cukup dibencinya selama sebulan.

Apa yang akan berlaku pada Zahim dan dapatkah dia berdamai dengan Mira pada akhirnya? Kalau nak tahu kesudahannya, anda kenalah tonton telemovie ini sampai habis!

si pencuri kacak

Barisan Pelakon

Telefilem ini menampilkan ramai pelakon popular tanah air iaitu Ashraf Muslim, Reen Rahim, Mark Adam, Daniella Sya, Nabil Aqil, Watie Sadali, Camelia Natasya, Syamim Farid, Farisya Irwayu, Kamal Bakar dan Ziana Zain.

Trailer Rasmi

Ayuh sama-sama kita lihat trailer rasmi telemovie bergenre komedi romantik ini.

Jangan lupa untuk saksikan telemovie Si Pencuri Kacak bermula 20 September ekslusif di platform streaming Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Anda juga boleh menonton pelbagai drama dan filem menarik di platform tersebut dengan harga langganan bulanan serendah RM 9.90 sahaja.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama dan filem menarik, jangan lupa untuk ikuti platform media sosial Tonton di Facebook dan Instagram.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!