Anwar : The Untold Story Kini Trending #Top1 Netflix

Kisah Anwar The Untold Story yang ditayangkan di Netflix memasuki carta Top 10 Trending Netflix Malaysia. Untuk info filem Anwar The Untold Story yang baru sahaja ditayangkan di Netflix pada 31 Ogos 2023.

Walaupun filem ini telah berada di pawagam seleluruh Malaysia terlebih dahulu yang telah ditayangkan pada 18 Mei 2023 yang lalu, namun nampaknya masih ramai yang berminat untuk menonton filem tersebut.

Filem Anwar The Untold Story di Netflix

anwar the untold story

Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Soal Perjuangan

Untuk makluman, filem Anwar The Untold Story mulai boleh ditonton melalui penstriman antarabangsa Netflix bermula pada 31 Ogos 2023. Walaupun begitu, filem ini hanya boleh di tonton oleh pengguna di Netflix Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura

  • Masa tayangan 1 jam 48 minit
  • Bahasa : Melayu
  • Kategori : P13

Filem ini berkisar mengenai biopik, kehidupan ahli politik Malaysia Anwar Ibrahim di era tahun 1990’an, dan ia menceritakan kisah kebangkitannya berkuasa, kejatuhannya, dan kemunculan semula politiknya.

Ianya dibintangi watak utama Farid Kamil sebagai Anwar dan Acha Septriasa sebagai isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Filem itu telah dipuji kerana ketepatan sejarahnya dan penggambaran Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh yang kompleks dan berkarisma.

anwar the untold story netflix trending

Filem arahan pengarah indonesia Viva Westi ini, terus naik di carta Netflix walaupun telah berada di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Mei yang lalu. Dalam masa yang tidak sampai sebulan ditayangkan di Netflix, filem Anwar The Untold Story telah tersenarai sebagai top1 bagi filem tayangan di Malaysia.

Ianya juga sekaligus mengatasi beberapa filem blockbuster seperti The Pope’s Exocist, The Monkey King dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

Barisan Pelakon

Filem Anwar The Untold Story turut dibarisi oleh pelakon sebenar iaitu Nurul Izzah Anwar yang memegang watak anak kepada Anwar Ibrahim, selain itu berikut senarai barisan pelakon yang turut menjayakan filem ini;

  • Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim
  • Hasnul Rahmat sebagai Dr. Mahathir Mohamad
  • Acha Septriasa sebagai Dr.Wan Azizah Wan Ismail
  • Nurul Izzah Anwar sebagai Nurul Izzah Anwar
  • Gisellma Firmansyah sebagai Nurul Nuha Anwar
  • Dewi Irawan sebagai Che Wan
  • Piet Pagau sebagai Ibrahim


Rating

Terdapat banyak pandangan dan ulasan mengenai filem ini. Memandangkan ianya merupakan filem yang berkisar tentang ketokohan seorang pemimpin politik di Malaysia, iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim.

Ulasan-ulasan yang diberikan mungkin terpecah kepada 3 kelompok.

Kelompok pertama penonton dari penyokong-penyokong beliau. Bagi kelompok ini, mungkin akan berpuas hati.

Bagi kelompok kedua, iaitu penentang beliau pula, sudah tentu akan banyak perkara yang akan dinafikan dan dipersoalkan dalam jalan cerita ini.

Dan bagi kelompok ketiga, iaitu mereka yang menonton karya dan penceritaan yang tidak berdasarkan retorik kepolitikan, dan ketaksuban pada seseorang individu. Pastinya akan mempertikai mengenai pemilihan watak, jalan penceritaan,plot, suntingan video dan sebagainya.

Apa pula pandangan anda?

Bagi anda yang belum menonton filem ini, anda masih boleh menonton filem Anwar The Untold Story di Netflix

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!