Cara Wudhu Yang Tertib, Syarat & Perkara Wajib Serta Sunat

Cara Wudhu Yang Tertib, Syarat & Perkara Wajib Serta Sunat

Berwudhu merupakan satu rutin yang penting bagi umat Islam ketika mengerjakan ibadah terutamanya solat.

Oleh itu, adalah penting untuk kita ketahui cara wudhu yang lengkap dan tertib untuk diamalkan setiap hari.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara wudhu serta beberapa perkara utama yang anda perlu tahu.

Baca Juga : Bacaan Dalam Solat Serta Maksudnya Yang Perlu Kita Tahu

Pengertian Wudhu

Wudhu ialah perbuatan membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air mutlak. Dari segi bahasa ertinya bersih dan indah.

Sebuah dalil turut menjelaskan mengenai wudhu. Firman Allah SWT bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali … ”

(Surah Al-Maa’idah: 6)

Syarat Sah Berwudhu

Antara syarat sah berwudhu adalah seperti berikut :

  1. Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu)
  2. Mumayyiz / tamyiz (dapat membezakan yang mana baik dan buruk iaitu yang telah berusia antara tujuh hingga sembilan tahun)
  3. Tidak berhadas besar (haid, nifas, dan junub)
  4. Berwudhu dengan air yang suci dan menyucikan
  5. Tidak ada penghalang air sampai ke kulit, rambut dan kuku seperti cat, lilin, getah, tatu, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow, dan sebagainya
  6. Mengetahui mana yang wajib dan mana yang sunnah

Niat Wudhu

Terdapat beberapa pilihan untuk niatkan wudhu iaitu :

1)

cara wudhu

Bacaan Rumi : Nawaitul wudu a lilahi Taala

Maksudnya: “Saya niat berwuduk kerana Allah Ta’ala.”

2)

cara wudhu

Bacaan Rumi : Nawaitul wudu a liraf’il hadasil asghari fardhan lillahi taala

Maksudnya: “Saya niat berwudhu untuk menghilangkan hadas kecil fardu (wajib) karena Allah Ta’ala.”

3)

Bacaan Rumi : Nawaitu rafaal hadasi as ghori lillahi Taala 

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”

Perkara Wajib dan Sunat Dalam Wudhu

Terdapat 6 perkara wajib ketika berwudhu iaitu :

1. Niat (Ketika membasuh muka)

2. Membasuh muka.

3. Membasuh dua tangan hingga siku.
4. Menyapu sebahagian Kepala.

5. Membasuh kedua belah kaki.

6. Tertib.

Selain itu, terdapat beberapa perkara sunat ketika berwudhu iaitu :

1. Membaca Basmalah iaitu (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)

2.  Membasuh tangan hingga pergelangan tangan

3. Berkumur

4. Memasukkan air ke dalam hidung

5. Menyapu seluruh kepala.

6. Membasuh telinga.

7. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.

8. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali.

 9. Membaca doa selepas wuduk:

cara wudhu

Bacaan Rumi :

“Asy hadu an laa Ilaha illallahu. Wahdahu laa syarikalah. Wa asy hadu anna Muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj ‘alni minat tauwabin, waj ’alni minal mutatahhirin. Waj ‘alni min ‘ibadikas solihin.”

Maksud : “Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang soleh.”

Cara Wudhu

Berikut dikongsikan cara wudhu sebagai panduan :

1. Membaca Basmalah iaitu (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)

2. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan .

3. Berkumur

4. Memasukkan air ke dalam hidung

5. Niat (Ketika membasuh muka)

(Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah ta’ala)

6. Membasuh muka.

7. Membasuh dua tangan hingga siku.

8. Menyapu sebahagian Kepala.

9.. Membasuh telinga.

10. Membasuh kedua belah kaki.

11. Tertib.

12. Membaca doa selepas wuduk.

Sumber : Amali Wudhu (KPM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!