Tawaran Pakej Komunikasi Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa orang ramai akan ditawarkan beberapa pakej komunikasi sempena Bulan Kemerdekaan 2021.

Untuk Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, tema Malaysia Prihatin dipilih yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Untuk tawaran pakej komunikasi ini, ia dilaksanakan hasil daripada kerjasama MCMC dan pihak industri yang sentiasa berganding bahu dan prihatin bagi memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan kelangsungan rakyat.

Tawaran dijangka memberikan kemudahan dan manfaat kepada rakyat dalam menghadapi norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan, dan banyak lagi selain mengurangkan beban pengguna.

Tawaran Pakej Komunikasi

Terdapat 4 tawaran yang ditawarkan kepada pengguna sempena Bulan Kemerdekaan 2021 iaitu:

  • Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin
  • Data harian sebanyak 1GB
  • Pelanjutan pakej Jaringan Prihatin
  • Akses Percuma Saluran Premium terpilih

Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin

Tawaran pakej peranti ini dilakukan bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menaik taraf dan memiliki peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE.

Meneri tawaran ini, pakej peranti yang ditawarkan adalah bermula dengan RM1 bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam tawaran pakej peranti RM1 Malaysia Prihatin ini adalah seperti berikut:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Telekom Malaysia
  • UMobile
  • YTL

Data harian 1GB

Data harian 1GB yang diberikan kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Inisiatif yang ditawarkan ini adalah melibatkan pengguna perkhidmatan telekomunikasi seperti:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • UMobile
  • Telekom Malaysia

Selain itu juga, pelanjutan inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL bagi menyokong sistem pendidikan juga dilakukan sehingga 31 Disember 2021.

Pelanjutan Pakej Jaringan Prihatin

Pendaftaran pakej Jaringan Prihatin sebelum ini dibuka pada 5 Mei hingga 31 Julai 2021.

Namun, menerusi tawaran ini, pendaftaran pakej Jaringan Prihatin ini dilanjutkan sehingga 30 September 2021 untuk golongan B40.

Akses Percuma Saluran Premium Terpilih

Orang ramai juga ditawarkan askes tontonan percuma saluran premium terpilih oleh syarikat penyiaran swasta seperti:

  • Astro
  • Unifi

Bagi saluran astro, syarikat tersebut menyediakan saluran percuma di saluran 100 sempena Astro 25 yang menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, dan semangat patriotik.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MCMC di pautan https://www.mcmc.gov.my/ms/home.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!