MUET: Cara Mendaftar MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini

MUET: Cara Mendaftar MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini ~ Kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, sila ambil perhatian. Pendaftaran bagi sesi 11 tahun 2022 kini dibuka dan anda boleh membuat permohonan secara atas talian bermula 7 Disember 2021. 

MUET (Malaysian University English Test) 

MUET atau Malaysian University English Test merupakan satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar-p

elajar institusi pengajian tinggi dan bagi calon-calon yang bercadang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. 

Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan  dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Peperiksaan ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Bermula pada tahun 2012, peperiksaan ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlangsung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.

MUET

Cara Mendaftar MUET Sesi 1 (2022)

  1. Untuk mendaftar, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my/registration
  1. Isi maklumat peribadi anda dalam ruang yang disediakan.
  1. Ikuti langkah selanjutnya, klik “Next/Seterusnya”.
  1. Buat bayaran mengikut kaedah yang tertera.

Pendaftaran dibuka bermula 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.

PENTING: Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Cara Membayar Yuran

Calon yang berminat dikehendaki untuk membuat bayaran bagi menduduki ujian ini sebanyak RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara). 

Anda boleh membayar yuran tersebut melalui perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my

Makluman Pembayaran Bagi Calon Persendirian Individu

Sekiranya anda merupakan calon Persendirian Individu yang telah memberi PIN MEC bagi tujuan pendaftaran MUET Sesi 1 2022, calon perlu:

1. Membuat pendaftaran baru secara perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my 

2. Mengisi Google Form untuk tindakan pengembalian semula yuran yang telah dibuat oleh calon : https://forms.gle/ogd1Uu8YacwvvQK19

Pengembalian akan dibuat dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu 12 Januari 2022.

Rujuk manual pengguna selengkapnya (KLIK): Manual Pendaftaran Calon Persendirian

MUET

Jadual Tarikh MUET 2022

Sila ambil maklum tarikh-tarikh penting seperti jadual di bawah: 

MUET

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/kekeliruan dan ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan MUET/MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/

Atau, hubungi talian 03-6126 1600 / hantarkan emel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!