Rombakan Kabinet 2023 & Senarai Kabinet Malaysia Terkini

Rombakan kabinet 2023 Kerajaan Madani 2023/2024 baru sahaja diumumkan. Ianya menyaksikan pertambahan dari 28 ahli jemaah menteri menjadi 31 ahli.

Manakala jumlah timbalan menteri pula turut bertambah dari 27 kepada 29 orang.

Pengumuman itu dibuat pagi tadi dan selepas sambutan setahun kerajaan perpaduan yang diadakan di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8- 10 Disember lalu

Rombakan kabinet adalah bagi mengisi kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yang sebelum ini di isi oleh allahyarham Datuk Salahuddin Ayub.

Selain itu rombakan kabinet 2023 ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa di samping memperkukuhkan barisan pentadbiran sedia ada di bawah kepimpinan Dato Seri anwar Ibrahim selepas setahun Kerajaan Madani ditubuhkan.

Rombakan Kabinet 2023

rombakan kabinet 2023

Sumber : Bertia RTM

Lima ahli jemaah kabinet yang dilantik membuat kemunculan kembali dalam senarai rombakan kabinet 2023 terdiri daripada ;

  • Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Kesihatan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, kembali memegang jawatan sama.
  • Datuk Seri Johari Ghani, Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua dalam Kabinet Kerajaan Barisan Nasional (BN) di antara 2016 hingga 2018, dilantik mengetuai portfolio baharu, Kementerian Perladangan dan Komoditi
  • Gobind Singh Deo, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, dilantik sebagai Menteri Digital, iaitu kementerian baharu yang diwujudkan daripada pecahan Kementerian Komunikasi dan Digital.
  • Datuk Seri Noraini Ahmad, yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • M Kulasegaran, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kembali semula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)

Manakala tiga nama yang digugurkan selepas rombakan dari senarai Kabinet Malaysia 2023 ialah;

  • Menteri Sumber Manusia : YB Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
  • Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) : YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh
  • Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi : Datuk Siti Aminah Aching

Senarai Kabinet Malaysia 2023 Terkini

senarai kabinet malaysia 2023
  • Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof
  • Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
  • Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
  • Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
  • Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
  • Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  • Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
  • Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasni Habibollah
  • Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
  • Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
  • Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
  • Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M Kulasegaran
  • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
  • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
  • Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
  • Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
  • Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong
  • Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
  • Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar
  • Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan
  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
  • Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
  • Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
  • Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukannisman Awang Sauni
  • Menteri Digital: Gobind Singh Deo
  • Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Anak Kumbong
  • Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Istiadat Angkat Sumpah

Sejurus rombakan kabinet 2023 pagi tadi, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan turut diadakan pada hari yang sama 2.30 petang di Istana Negara.

Disamping upacara rasmi tersebut, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan

Perbezaan Rombakan Kabinet 2023 & Kabinet 2022

Menerusi rombakan kabinet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, empat kementerian baru yang diumumkan adalah ;

  • Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam / Ministry of Energy Transition and Public Utilities
  • Kementerian Seumber Asli dan Kelestarain Alam/Ministry of Natural Resources and Sustainability
  • Kementerian Komunikasi /Ministry of Communications
  • Kementerian Digital /Digital Ministry

Manakala jumlah ahli kabinet juga turut bertambah seperti berikut ;

  • Jumlah menteri meningkat daripada 28 kepada 31
  • Juimlah timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29
  • Jumlah keseluruhan ahli kabinet meningkat daripada 55 kepada 60

Walaubagiamanapun selepas rombakan kabinet 2023 menurut PMX, jumlah ini masih rendah berbanding 70 orang dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini

Untuk melihat perbezaan ini, anda juga boleh semak senarai menteri kabinet malaysia 2022

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!