[Rasmi] Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022, Kerajaan Perpaduan yang di terajui oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah mempersembahkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini, 2 Disember 2022.
Saiz kabinet kerajaan Anwar memperuntukan 28 ahli jemaah menteri.
Kerajaan yang dibentuk merupakan gabungan daripada Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas.
“Setakat hari ini, sebelum diabsahkan di Parlimen kelak melalui (usul) undi percaya, komposisi kerajaan dan pembangkang adalah 148 atau majoriti dua pertiga memihak kerajaan dan pembangkang, 73 kerusi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga menjelaskan, ada “ratusan” orang yang layak untuk dibawa menyertai kabinet baru namun dia terpaksa membuat pilihan kerana jawatan yang disediakan adalah terbatas.
Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil.
Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.
Pengumuman Senarai Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2022
Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri menerusi saluran Youtube berikut
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022 Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang dua protfolio perjawatan iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Kerajaan Anwar melantik dua timbalan perdana menteri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
Zahid akan memainkan peranan sebagai orang kedua terpenting negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri kedua turut diumumkan iaitu DS Haji Fadzillah Jusoh.
Kekuatan Kerajaan Perpaduan dalam Parlimen sudah mencecah sekitar 2/3, di mana dengan mandat ini telah memberi mandat untuk membentuk Jemaah Menteri yang menumpukan pertumbuhan ekonomi yang segar.
Senarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia 2022
Menteri | Nama Penyandang |
Perdana Menteri & Menteri Kewangan | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan Perdana Menteri 1 & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah | Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
Timbalan Perdana Menteri 2 dan Menteri Perladangan dan Komoditi | Datuk Seri Fadillah Yusof |
Menteri Pembangunan, Kerajaan Tempatan | Nga Kor Ming |
Menteri Komunikasi Digital | Fahmi Fadzil |
Menteri Pendidikan | Fadhlina Sidek |
Menteri Belia & Sukan | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Menteri Luar Negeri | Dr. Zambry Abdul Kadir |
Menteri Sains Teknologi | Chang Lih Kang |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Nancy Shukri |
Menteri Kesihatan | Dr Zaleha Mustafah |
Menteri Pendidikan Tinggi | Mohamed Khaled Nordin |
Menteri Pertahanan | Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan |
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan | YB Haji Mohamad Sabu |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Tengku Zafrul Aziz |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | Salahuddin Ayub |
Menteri Dalam Negeri | Saifuddin Nasution Ismail |
Menteri JPM (Sabah Sarawak) | Armizan Mohd Ali |
Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Menteri Pelancongan | Tiong King Sing |
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Ewon Benedick |
Menteri Ekonomi | Rafizi Ramli |
Menteri Kerja Raya | Alexander Nanta Linggi |
Menteri JPM (Urusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi) | Azalina Othman |
Menteri Perpaduan Negara | Aaron Ago Dagang |
Menteri Agama | Dr. Mohd Na’im Mokhtar |
Menteri Sumber Manusia | Sivakumar A/L Varatharaju Naidu |
Menteri Pengangkutan | Anthony Loke |
Senarai Mantan Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Kesembilan | Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob | Tempoh : 20 Ogos 2021 – 23 November 2022 |
Perdana Menteri Malaysia Kelapan | Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin | Tempoh : 1 Mac 2020 – 20 Ogos 2021 |
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh | Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad | Tempoh : 10 Mei 2018 – 24 Februari 2020 |
Perdana Menteri Malaysia Keenam | Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak | Tempoh : 3 April 2009 – 9 Mei 2018 |
Perdana Menteri Malaysia Kelima | Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi | Tempoh : 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 |
Perdana Menteri Malaysia Keempat | Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad | Tempoh : 16 Julai 1981 – 30 Oktober 2003 |
Perdana Menteri Malaysia Ketiga | Tun Hussein Bin Dato’ Onn | Tempoh : 15 Januari 1976 – 16 Julai 1981 |
Perdana Menteri Malaysia Kedua | Tun Abdul Razak Bin Hussein | Tempoh : 22 September 1970 – 14 Januari 1976 |
Perdana Menteri Malaysia Pertama | Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj | Tempoh : 31 Ogos 1957 – 22 September 1970 |
Jumlah Menteri Kabinet Malaysia Sepanjang Tiga Pentadbiran Perdana Menteri
Kabinet yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara yang teramai dengan 32 Menteri dan 38 Timbalan Menteri berbanding ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 28 Menteri dan 27 Timbalan Menteri
Mesyuarat Khas Menteri Kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat khas bagi kesemua jemaah menteri yang baharu dibentuk pada Isnin minggu depan.
Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat serta peraturan yang akan ditetapkan terhadap jemaah menteri.
Antaranya, kata Anwar, peraturan itu membabitkan cara mereka berdamping dan bekerjasama dengan penjawat awam, kaedah buat pengumuman mesyuarat dasar dan cara berjimat agar tidak berbelanja melebihi had
Dalam pada itu juga, Speaker Dewan Rakayat Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember depan.
Menurutnya, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
Anwar Ibrahim juga berkata, setakat ini belum ada keperluan untuk menambah ahli jemaah menteri, atau timbalan-timbalan menteri, ianya bergantung pada keadaan dan masa akan datang
Senarai dan maklumat lanjut senarai jemaah menteri kabinet malaysia 2022 juga boleh didapati menerusi website rasmi https://www.kabinet.gov.my/