Puasa Muharam 1445H /2023 : Tarikh-Tarikh Penting Puasa Sunat

Puasa Muharam 1445H /2023 : Tarikh-Tarikh Penting Puasa Sunat

Tanpa disedari, kini kita telah pun memasuki tahun 1445 Hijrah. Selain sering dikaitkan dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah, bulan Muharam juga merupakan antara bulan yang dimuliakan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis, bulan Muharam tergolong dalam bulan-bulan haram selain bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Rasululllah s.a.w bersabda :

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

Riwayat al-Bukhari (184)

Anjuran Puasa Muharam

Lebih istimewa mengenai bulan Muharam ialah ia merupakan bulan yang paling afdhal untuk umat Islam melaksanakan puasa sunat selepas bulan Ramadan.

Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang bulan apakah yang baginda perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

Riwayat al-Tirmizi (741)

Oleh itu, bagi umat Islam yang berkemampuan, maka sangat digalakkan untuk memperbanyak berpuasa pada bulan Muharam.

Tarikh Puasa Muharam 2023/1445H di Malaysia

Bagi memudahkan anda merancang puasa sunat pada bulan Muharam tahun ini, sila rujuk infografik di bawah sebagai panduan.

Untuk makluman, Hari Tasu’a jatuh pada 27 Julai 2023 dan diikuti dengan Hari Asyura (10 Muharam) pada 28 Julai 2023.

Niat Puasa Muharam

Berikut dikongsikan niat puasa Hari Tasu’a dan Hari Asyura :

i) Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.

ii) Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.

Untuk tarikh lain dalam bulan Muharam, anda boleh berniat puasa sunat seperti biasa.

Puasa Muharam
Sumber : JAKIM

Di samping berpuasa pada Hari Asyura, anda juga digalakkan untuk perbanyakkan ibadah lain seperti :

  • Bersedekah
  • banyakkan berzikir Hasbiallah Wanikmal Wakil Wanikmal Maula Wanikman Nasir
  • menyantuni anak yatim
  • menyenangi hati ahli keluarga
Puasa Muharam

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai Puasa Tasu’a dan Puasa Asyura di pautan berikut :

Puasa Tasu’a : Niat Puasa Hari ke-9 Muharam

Puasa Asyura : Cara Niat & Keistimewaan Berpuasa Pada Bulan Muharam

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!