Peristiwa Israk Mikraj Tentang Solat dan Hikmah Untuk Umat Islam

Salam Israk Mikraj 2023. Peristiwa Israk Mikraj perupakan satu peristiwa besar yang telah berlaku dalam sejarah agama islam di mana baginda Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT secara langsung berkaitan ibadah solat lima waktu.

Peristiwa Israk Mikraj ialah satu perjalanan Rasulullah s.a.w di jemput Allah S.W.T untuk ‘naik ke langit’ bertuma Nya, dan peristiwa ini yang hanya berlaku dalam satu malam.

Ketika peristiwa ini, Nabi Muhammad S.A.W telah melakukan perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Yerusalem, dan dari sana, dia melakukan perjalanan ke langit dan berkomunikasi dengan Allah SWT hanya dalam satu malam.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj terjadi pada tahun 620 Masehi, dan disambut setiap tahun oleh umat Muslim di seluruh dunia sebagai memperingati salah satu peristiwa agung dalam agama Islam. Selama perjalanan ini, Nabi Muhammad SAW juga bertemu dengan para nabi dan malaikat, serta mendapat perintah dari Allah SWT tentang kewajiban shalat lima waktu sehari semalam seperti mana yang dilaksanakan oleh umat Muslim sehingga hari ini.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj dianggap sebagai bukti kebesaran Allah SWT, serta sebagai contoh teladan bagi umat Muslim untuk selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengikuti ajaran-ajaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW

Maksud Peristiwa Israk Mikraj

Menurut bahasa, israk bermaksud memperjalankan seseorang di waktu malam. Manakala perkataan mikraj pula bermaksud laluan ke atas atau tangga dilalui Nabi SAW dari Baitulmaqdis ke langit yang pertama dan seterusnya.

Sementara menurut istilah bermaksud ;

Israk

  • Rasulullah dibawa malaikat Jibrail dari Mekah ke Baitul Maqdis menaiki haiwan buraq pada satu malam.

Mikraj

  • Dari Masjid al-Aqsa, Baginda dibawa menghadap Allah Rabbul Jalil di Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’: 1)

Peristiwa Sebelum Israk Mikraj Berlaku

Sebelum peristiwa israk dan mikraj, telah berlaku satu peristiwa sedih ke atas baginda S.A.W. Dimana Nabi SAW ketika berdakwah di Kota Makkah telah diuji Allah SWT dengan kematian dua orang tersayang iaitu isterinya Khadijah Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib serta mendapat penindasan dari kaum Quraisy.

Israk dan mikraj merupakan ‘tasliyah’ (hiburan) daripada Allah SWT untuk Nabi SAW yang dilanda perasaan dukacita, sehinggakan tahun tersebut disebut dengan tahun dukacita (‘am al-huzn)

Tarikh Peristiwa Israk Mikraj

Berkenaan tarikh bilakah Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku  para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat seperti yang di jelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.
  • Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.
  • Dua tahun sebelum hijrah.
  • Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.
  • Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.

Berkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya:

  • Bulan Rabi’ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: “Peristiwa ini terjadi pada 17 Rabi’ al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.” Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq.
  • Bulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir.
  • Bulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini.

Berdasarkan pengamatan para ulama dan muhaqqiq, peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku pada bulan Rabiul Awal sama ada pada 12 Rabiul Awal atau 17 Rabiul Awal. Hal ini dikuatkan dengan hujah Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah berdasarkan athar Jabir dan Ibn Abbas.

Peristiwa Israk Mikraj Tentang Solat

Baginda Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T. untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

Perintah itu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Baginda tanpa adanya perantaraan Malaikat Jibril seperti sebelum daripada ini.

Walaupun pada awalnya Allah memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu namun Rasulullah memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama Islam dan kunci agar diterima segala amalan di dunia.

Jika kita perhatikan dan kita selami kisah ini maka kita akan dapati bahawa perintah solat adalah satu perintah yang sangat besar sehingga Allah menjemput nabi menerima sendiri suruhan untuk mengerjakan solat.

Disebabkan itulah terdapat banyak ayat yang mana Allah perintahkan supaya manusia sentiasa meminta pertolongan Allah dengan mengerjakan ibadah solat.

Kisah ini diceritakan di dalam hadis sahih berkenaan Israk Mi’raj yang panjang. Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa isra’ dan mi’raj, Baginda menyebut juga :

ثُمَّ فُرِضَتْ عَلَيَّ الصَّلَوَاتُ (الصَّلَاةُ) خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَمَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قَالَ أُمِرْتُ بِخَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي وَاللهِ قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِعَشْرِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قُلْتُ أُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسَ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ قَالَ سَأَلْتُ رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ وَلَكِنِّي (وَلَكِنْ) أَرْضَى وَأُسَلِّمُ قَالَ فَلَمَّا جَاوَزْتُ نَادَى مُنَادٍ أَمْضَيْتُ فَرِيضَتِي وَخَفَّفْتُ عَنْ عِبَادِي

Maksudnya : “ Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?. Nabi SAW menjawab : Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. Kata Nabi Musa : Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada  Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Kata Nabi SAW : Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Nabi SAW menyebut : Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata : Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?. Kata Nabi SAW : Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Nabi SAW bersabda : Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru : Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.”

Riwayat Al-Bukhari (3887)

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/4301-tashih-al-mafahim-17-kisah-israk-dan-mi-raj-palsu-kerana-menzahirkan-kelemahan-nabi-saw

Israk Mikraj tahun solat disyariatkan
israk mikraj

Secara ringkasnya

  • Pada peristiwa itu, Allah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.
  • Sepanjang di Mekah, sahabat dan Nabi menghadap Masjid al-Aqsa. Namun setahun selepas hijrah di Madinah, kiblat bertukar ke arah Masjidil Haram.

Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj

ISRAK

  1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
  2. Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
  3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ

  1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
  2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
  3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
  4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
  5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
  6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
  7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
  8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
  9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
  10. Melawat Syurga dan Neraka.
  11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
  12. Naik ke sidratulmuntaha
  13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
  14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
  15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
  16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
  17. Pulang semula ke Mekah.

Hikmah Peristiwa Isra’ Mi’raj

Sebagai umat islam, terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran boleh diambil masyarakat Islam melalui peristiwa israk mikraj untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian seperti yang di petik dari Tazkirah ;

#1 – Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata

Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan dan pengalaman Rasulullah s.a.w yang benar-benar terjadi dan, bukan hanya perjalanan rohani atau mimpi Baginda semata-mata.

Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu. Ini adalah bukti bahawa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu Allah yang lainnya.

Rasulullah juga mengalami perjalanan itu dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati Baginda. Selepas peristiwa itu, Baginda segera menceritakan kepada para sahabat dan pengikut Baginda dengan ingatan yang sangat jelas.

#2 – Tanda Kekuasaan Allah S.W.T

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan Allah s.w.t. Allah juga ingin menunjukkan betapa besarnya kekuasaan-Nya dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.

Dengan kehendak Allah, boleh dilakukan apa-apa saja mengikut kehendak-Nya. Allah s.w.t dengan jelas telah menyatakan bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya.

#3 – Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W

Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w menghadapi banyak ujian yang sangat berat, terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah Baginda. Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif.

Rasulullah s.a.w juga kehilangan dua orang yang penting, iaitu isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang banyak membantu iaitu Abu Thalib.

Oleh itu, Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebuah pengganti dari apa yang telah Rasulullah s.a.w hadapi terutamanya pada tahun yang sama.

#4 – Bukti Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Israk Mikraj juga memperlihatkan sebahagian bukti akan kebesaran Allah selain bertujuan memantapkan dan mengukuhkan kerasulan Rasulullah s.a.w.

Selain itu Israk Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah s.a.w sebagai seseorang yang dipilih oleh Allah s.w.t.

Peristiwa ini juga bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani, rohaniah, dan aqliah Rasulullah s.a.w dalam menjalankan tugas-tugas kenabian Baginda.

#5 – Bukti Ajaran Rasulullah S.A.W Bersifat Menyeluruh

Peristiwa Israk atau perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Madinah), menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w bukan hanya untuk masyarakat Mekah sahaja tetapi agama kepada seluruh umat manusia yang ada di muka bumi.

#6 – Perintah Didirikan Solat Lima Waktu

Peristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa Rasulullah menerima perintah Allah s.w.t untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

Perintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.

Walaupun pada awalnya Allah s.w.t memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah s.a.w memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala amalan di dunia.

#7 – Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah S.W.T

Diriwayatkan, sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari dari sifat-sifat buruk seperti was-was.

Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah s.w.t dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.

Selain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih, maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.

Sungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.

Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu.

Koleksi Peristiwa Isra’ Mi’raj PDF

Sebagai rujukan dan untuk perkongsian, di bawah ini Fuh.my sediakan koleksi-koleksi berkaitan peristiwa israk mikraj dalam bentuk PDF dari pelbagai sumber

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!