Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS 2022
Tawaran untuk graduan yang berlum bekerja yang berminat untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS 2022.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membuat permohonan terbuka kepada graduan diploma & ijazah sarjana muda yang telah menamatkan pengajian di IPT Timur Tengah & tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 yang mempunyai surat senat. Keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan
Graduan yang layak menyertai program ini akan menerima bayaran sebulan sebanyak RM1500 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1200 (Diploma) dan lain-lain manfaat
Tarikh Permohonan
Graduan yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin).
Syarat-Syarat Permohonan
Bagi graduan yang berminat untuk memohon, berikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ;
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan
- Sihat tubuh badan
- Berkemahiran menggunakan komputer
- Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat
Jenis-Jenis Latihan
Terdapat 13 latihan yang ditawarkan menerusi Program PLKSK MAINS. Senarai latihan tersebut adalah seperti berikut :
- Zakat
- Wakaf
- Kaunseling
- Ekonomi
- Kewangan
- Ukur Bahan
- Pentadbiran dan Sumber Manusia
- Khidmat Pelanggan
- Teknologi Maklumat
- Multimedia
- Media Baharu
- Korporat
- Pengurus Mal (Harta Orang Awam)
Tempoh Program PLKSK MAINS 2022
Peserta yang berjaya mendapat tawaran ini, akan menjalani latihan kontrak selama 12 bulan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Kelebihan / Kemudahan Yang Di Tawarkan
Peserta-peserta program ini juga akan menerima kelebihan dan kemudahan seperti berikut ;
- Bayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda
- Bayaran RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.
- Caruman KWSP dan PERKSEO.
- Tuntutan kerja lebih masa ( OT ), elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan cara scan QR CODE pada gambar iklan atau dengan melayari pautan https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda perlukan maklumat,sila layari laman web MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh pendaftaran Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS ?
Mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin)
Bagaimana cara daftar Program Pelatih Skim Latihan Singkat PLKSK MAINS ?
Isi permohonan melalui pautan https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/