Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022.
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022 secara atas talian dibuka mulai 17 hingga 31 Januari 2022.
Syarat-Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik : Mempunyai sijil SPM/SPVM dan setaraf dengannya.
Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian bagi subjek berikut :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
Umur : Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022.
Kelayakan Fizikal
- Tinggi 1.62 m (minimum)
- Berat 47.5 (minimum)
- BMI 18.0 -26.0
Anda boleh ikuti panduan permohonan lengkap di bawah :
Panduan Pengambilan Permohonan
Kelayakan Tambahan
- Kelebihan mempunyai sijil atau kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
- Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik atau pancaragam.
- Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing
- Skim Gaji, Elaun & Kemudahan
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM 1,459.00)
SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM 1,564.00)
SKM Tahap 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,630.01)
SKM Tahap 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1696.02)
Diploma Perubatan – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,894.05)
Diploma Kejuruteraan – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 2,026.07).
Elaun
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elaun Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
Kemudahan
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan kediaman
Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022
Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan di bawah :
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
- PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
Panduan Mendaftar Online
Tekan pautan seperti berikut :
Pendaftaran Baru/Daftar Masuk– https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
atau
Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
- Isi maklumat penuh seperti berikut :
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan Huruf Besar
- Setelah maklumat lengkap diisi, tekan butang Hantar
Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila layari lama sesawang rasmi dan media sosial Tentera darat di pautan berikut :
Laman Sesawang Rasmi – https://army.mil.my
Facebook Rasmi – https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
Instagram Rasmi – https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
Twitter Rasmi – https://twitter.com/tenteradarat
Alamat Surat Menyurat:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-40140404