Skim Pembiayaan PTPK : Dana Pinjaman TVET Untuk Lepasan Sekolah

Berita baik buat lepasan sekolah yang ingin menyertai program latihan kemahiran, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan Skim Pembiayaan PTPK, iaitu Dana Pinjaman TVET  untuk  Lepasan Sekolah. Permohonan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun – 45 tahun.

 

Apa Itu Skim Pembiayaan PTPK – Dana Pinjaman TVET – Lepasan Sekolah

Skim Pembiayaan PTPK 2022

Merupakan skim pembiayaan latihan kemahiran yang disediakan kepada pelatih yang menyertai program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Baca juga : Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) RM250,000

Skim pembiayaan ini disediakan khusus kepada lepasan sekolah / belia yang ingin mengikuti program latihan kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di pusat-pusat latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK

Syarat Pemohon Skim Pembiayaan PTPK

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 15 -45 tahun semasa latihan dijalankan
  • Mengikuti program latihan yang diluluskan oleh ptpk
  • Mengikuti latihan penyedia latihan yang diluluskan ptpk
  • Latihan secara sepenuh masa setiap hari bekerja
  • Pendapatan ibu bapa tidak melebihi rm5000 sebulan (dikecualikan sehingga 31 disember 2021)
  • Mengemukakan seorang penjamin
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain

 

Kadar Pinjaman PTPK

pinjaman ptpk 2022

  • Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :
  1. Yuran pengajian
  2. Elaun sara hidup sebanyak RM 400.00 sebulan semasa tempoh latihan
  3. Bayaran premium untuk perlindungan insurans.
  • Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

 

Syarat-Syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia
  • Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  • Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
  • Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.

Bayaran Balik Pinjaman

  • Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
  • Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

 

Bayaran balik pinjaman boleh di buat melalui kaedah ;

  1.  Kaunter
  2. Online Bank
  3. ATM
  4. Potongan Gaji
  5. KWSP Akaun 2
  6. Portal My Perkasa TVET PTPK

 

Cara Permohonan Pinjaman PTPK

pinjaman ptpk

Permohonan pinjaman boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pelajar perlu mendaftar dan memulakan latihan di Pusat Latihan/Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  2. Pelajar membuat permohonan pinjaman melalui Pusat Latihan/Penyedia Latihan secara online.
  3. Tunggu kelulusan permohonan sewal 1 hari bekerja.
  4. Surat Tawaran Latihan Kemahiran akan dikeluarkan.
  5. Pelajar diminta mengemukakan dokumen serta salinan Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran.
  6. Buat semakan dokumen Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran yang dikemukakan.
  7. Yuran latihan akan dibayar terus kepada Pusat Latihan/Penyedia Latihan manakala Elaun Sara Hidup disalurkan terus kepada pelajar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Skim Pembiayaan PTPK – Dana Pinjaman TVET – Lepasan Sekolah, anda boleh hubngi 03-4051600 atau terus layari website https://www.ptpk.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!