Borang Permohonan Program Sayangi Rumahku 2022 Yayasan Perak

Permohonan bantuan rumah perak atau Program Sayangi Rumahku kini boleh di buka . Warganegra Malaysia, penduduk tetap atau bermastautin di negeri Perak melebihi 10 tahun di pelawa untuk membuat permohonan ini.

Program Sayangi Rumahku merupakan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah tanpa bayaran bagi rakyat Negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Apa Itu Bantuan Program Sayangi Rumahku

program sayangi rumahku yayasan perak

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Konsep Program

  • Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak

Baca juga : Permohonan GRADPRENEUR@Perak 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan

Kriteria Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan Berkahwin
  2. Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak
  3. Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung
  4. Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)
  5. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  6. Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

Dokumen Yang Di Perlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  3. Penyata pendapatan pemohon.
  4. Penyata pendapatan pasangan / waris.
  5. Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  6. Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

 

  • Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung.
  • Dokumen sokongan tidak akan dikembalikan.  *Sekiranya Borang / Dokumen sokongan yang dihantar tidak lengkap, permohonan tuan / puan akan DITOLAK. *Keputusan akhir bagi kelulusan permohonan ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa dan penilaian Yayasan Perak.

Semua borang permohonan dan dokumen perlu dihantar dan diserahkan ke salah alamat berikut;

  1. Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05-255 2929

No. Faks : 05-253 1701

 

  1. Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan) Aras 2,

Bangunan UMNO Negeri Perak, No. 112,

Jalan Sultan Idris Shah,  30000 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05-246 0998 No.

Faks : 05-246 0937

 

 

Kategori Sayangi Rumahku

Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai   rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,
    kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu   uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):

program sayang rumahku bantuan rumah perak

Kos Rendah 1 Bilik

program sayang rumahku yayasan perak

Kos Rendah 2 Bilik

 

Kos Rendah 3 Bilik

Cara Permohonan

Pemohon boleh mohon secara atas talia atau mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Sayangi Rumahku, anda boleh hubungi talian 05 255 2929 / 05-246 0998. atau layari https://yayasanperak.gov.my/

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!