Permohonan GRADPRENEUR@Perak 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan
Terkini Yayasan Perak Gradpreneur menawarkan program latihan dan pinjaman mikrokedit untuk ushawan graduan anak Perak. Program ini juga dikenali sebagai GRADPRENEUR @ PERAK 2022.
Tarikh permohonan di buka mulai 24 Mei 2022 – 29 Mei 2022 untuk fasa satu. Semua graduan Lepasan SIJIL, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA (IPTA dan IPTS) yang berminat untuk mengembangkan perniagaan adalah di pelawa untuk menyertai Program Penjana KPT CAP – GRADPRENEUR @ PERAK (KOHORT 2) ini.
Apa Itu GRADPRENEUR @ Perak 2022
Ianya merupakan program pinjaman mikro kredit oleh Yayasan Perak kepada usahawan graduan anak Perak bagi mengembangkan perniagaan.
Baca juga : Skim Pembiayaan PTPK : Dana Pinjaman TVET Untuk Lepasan Sekolah
Selain daripada bantuan pembiayaan program ini juga memberikan upskilling dan reskilling kepada graduan yang terpilih. Peserta juga akan menerima sijil yang kompotensi dan di iktiraf oleh agensi-agensi.Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja
Tarikh Dan Lokasi Program
Program Gradpreneur@Perak 2022 akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022
Apa Yang Peserta Akan Dapat
Peserta yang menyertai program ini akan menerima ;
- Latihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari
- Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
- Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan
Syarat Kelayakan Permohonan GRADPRENEUR @ Perak 2022
- Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)*
- Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
- Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.
Cara Mendaftar
Pendaftaran boleh di buat secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6 (Link taklimat akan diberikan selepas peserta mendaftar)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Gradpreneur @ Perak 2022, anda boleh layari facebook Page :https://www.facebook.com/Yayasan-Perak-Gradpreneur-YPG-110257431554226 atau anda juga boleh hubungi:
Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI) – 0122118608
Yayasan Perak – 05-2460227
PASAK -018-297 4725