Resume & CV: Ini Perbezaan Yang Perlu Diketahui

Sesetengah individu mungkin keliru apakah perbezaan yang sebenarnya antara resume dan CV dalam memohon pekerjaan.

Sebahagian pihak berpandangan bahawa resume dan CV adalah dua dokumen yang sama dan tidak mempunyai perbezaan.

Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenar ialah terdapat perbezaan yang ketara antara resume dan CV dan perbezaan ini perlu diketahui khususnya kepada mereka yang sedang mencari kerja.

Ini kerana mereka perlu mengetahui dokumen mana yang sesuai untuk dihantar kepada bakal majikan sama ada resume ataupun CV.

Maksud Resume & CV

Resume bermaksud dokumen yang disediakan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. 

CV atau Curriculum vitae ialah dokumen yang bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci.

Gambar

Gambar adalah perkara yang wajib untuk diletakkan di dalam resume ketika memohon pekerjaan.

Namun berbeza dengan resume, CV pula tidak mewajibkan gambar diletakkan.

Namun, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya gambar turut diletakkan di dalam CV tersebut.

Jumlah Helaian

Resume lazimnya mempunyai jumlah helaian yang sedikit iaitu 1 hingga 2 muka surat maksimum sahaja.

Ini kerana, resume yang biasa ditulis adalah lebih ringkas berbanding penulisan CV.

Manakala, CV pula lebih panjang helaiannya sehingga mencapai 3 muka surat kerana lebih banyak maklumat diletakkan berbanding dengan resume.

Format Yang Ditetapkan

Resume tidak mempunyai format secara khusus dan ia bergantung kepada kreativiti penulisnya untuk membuatkan resume tersebut kelihatan menarik.

CV pula mempunyai format yang ditetapkan dan maklumat yang perlu diletakkan mengikut turutan yang betul.

Info Yang Dimasukkan

Info yang masukkan di dalam resume dan CV adalah hampir sama antara kedua-duanya.

Antara info yang dimasukkan di dalam resume secara ringkas adalah tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu.

Bagi CV pula, antara info penting yang perlu diletakkan ialah latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman.

CV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat-maklumat yang berkaitan.

Contoh Perbezaan

Contoh perbezaan yang boleh dilihat antara resume dan CV adalah melalui gambar di bawah

Contoh Resume

Contoh CV

Jika dilihat kepada contoh tersebut, maklumat di dalam resume lebih dilihat ringkas berbanding CV yang dilihat lebih terperinci dan panjang.

Di samping itu, resume di atas disertakan dengan gambar penulis bebranding CV yang tidak diletakkan gambar.

Dalam aspek info, maklumat mengenai pendidikan di dalam resume adalah lebih ringkas dengan menyatakan nama universiti dan tahun sahaja berbanding CV yang turut disertakan dengan GPA/CGPA pemohon.

Selain itu, dalam aspek pengalaman kerja, maklumat di dalam resume lebih ringkas berbanding CV yang menerangkan secara terperinci mengenai pengalaman dan skop pekerjaan yang dilakukan terdahulu.

Bacaan Lanjut

Anda boleh melayari laman web https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-resume-2058495 untuk mengetahui maklumat mengenai perbezaan antara resume dan CV

Leave a Comment