Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) mengalu-alukan veteran ATM, isteri, dan tanggungannya yang mempunyai masalah kesihatan untuk memohon Bantuan Peralatan Pesakit ini. 

Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM

Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM ini adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan kepada veteran ATM, isteri dan tanggungan yang mempunyai masalah kesihatan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Dengan adanya bantuan peralatan ini, ini akan membantu meringankan beban mereka membeli untuk peralatan yang diperlukan ketika sakit.

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran.

Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000

Kadar Bantuan 

Kadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan peralatan ini adalah maksimum adalah RM5,000 sekaligus.

Syarat Kelayakan

  • Veteran ATM- Pemilik kad veteran ATM.
  • Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib.
  • Balu veteran- dikahwini semasa berkhidmat.
  • Anak yatim veteran- Berumur di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekal.

NOTA: 

  • Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian/syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
  • Permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan bantuan peralatan ini adalah seperti berikut:

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
  • Bantuan bagi peralatan yang sama hanya layak dipertimbangkan semula dalam tempoh 5 tahun.
  • Tuntutan pembayaran balik hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh 1 tahun daripada tarikh pembelian alat berkenaan.
  • Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:Tuntutan pembayaran bagi peralatan pesakit akan dibayar pada kadar 100% daripada nilai perolehan ataupun mengikut harga pasaran tertakluk kepada mana-mana yang lebih rendah.
  • Sekiranya peralatan yang dibeli oleh pemohon tidak mengikut syor pegawai perubatan kerajaan atau melebihi daripada keperluan yang sepatutnya, Bahagian Kebajikan berhak mengesyorkan peralatan pesakit yang relevan dengan keadaan pesakit dan pembayaran balik dibuat berdasarkan harga peralatan yang disyorkan.

Cara Memohon

Dokumen Yang Diperlukan

  • Buku perkhidmatan.
  • Sijil kematian veteran/pasangan.
  • Kad veteran.
  • MyKad veteran/pasangan/anak.
  • Laporan perubatan (RM2k dan ke atas).
  • Sijil lahir/Sijil anak angkat.
  • Sijil nikah.
  • Buku akaun bank.
  • Kad OKU.
  • 3 sebut harga daripaa 3 pembekal berbeza.
  • Resit asal.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.jhev.gov.my/

Atau, hubungi talian Call Centre JHEV di: 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!