Andai Itu Takdirnya : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review

Andai Itu Takdirnya adalah salah sebuah drama bersiri yang menjadi bualan warganet pada tahun 2023. Diarahkan oleh Jamal Khan, drama yang mempunyai 60 episod ini banyak mengutarakan isu perkahwinan antara dua darjat serta dugaan berumah tangga.

Pendek kata, penonton wanita pasti akan terikut beremosi bila menonton drama tayangan Astro Ria dalam slot Megadrama ini.

Buktinya, antara salah satu sedutan video yang menjadi tular di media sosial adalah adegan Umairah yang dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana yang memaki Syed Aizril lakonan Syukri Yahaya dengan penuh perasaan.

Ingin tahu serba sedikit informasi mengenai drama yang sedang hangat ini? Jom kita semak sinopsis, barisan pelakon serta review bagi drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Siti Rosmizah ini.

Baca Juga : Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon

Andai Itu Takdirnya

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal daripada keluarga sederhana telah jatuh cinta dengan Syed Adam Aizril, anak seorang tokoh korporat dan juga rakan kuliahnya ketika melanjutkan pengajian di United Kingso.

Sebagai anak golongan berada, Syed Aizril terkenal dengan sikapnya yang sombong dan suka merendahkan orang lain. Dia juga popular di kalangan wanita kerana paras rupanya yang tampan.

Kisah bermula apabila Aleya dan Syed Aizril diperangkap oleh Faizal sehingga ditangkap khalwat. Syed Aizeil menuduh bahawa Aleya yang telah merancang perkara ini supaya dia dapat hidup senang. Insiden tersebut menyebabkan mereka terpaksa berkahwin dalam satu majlis yang sederhana.

Perkahwinan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada keluarga Syed Aizril. Ibunya, Puan Sri Sharifah Aishah dan ibu saudaranya, Sharifah Rosnah cukup membenci Aleya. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin yang sepatutnya dijodohkan dengan Syed Aizril cukup kecewa apabila mendengar berita tersebut.

Kehidupan Aleya sebagai isteri Syed Aizril cukup pahit sehinggalah terjadi satu kemalangan pada Syed Aizril. Sejak itu, Syed Aizril menyesal kerana memberikan layanan buruk kepada isterinya. Walaupun sering diseksa, Aleya tetap memaafkan Syed Aizril atas rasa cinta dan kebahagiaan anak-anak. Selepas berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan dalam perkahwinan, Ayed Aizril dan Aleya akhirnya hidup bahagia.

Lapan tahun kemudian, Sharifah Azreen muncul dalam kehidupan Syed Aizril dan berniat untuk memenangi hatinya.

Kehadiran Sharifah Aizril nampaknya menggugat rasa cinta Syed Aizril pada Aleya. Aleya redha dengan dugaan yang menimpa rumahtangganya. Sekaligus, rasa cinta Aleya pada Syed Aizril juga mula hilang.

Mampukah Aleya memberikan peluang kedua buat Syed Aizril atau dia akan memilih untuk meninggalkannya?

Barisan Pelakon

PelakonWatak
Shukri YahayaSyed Aizril
Hannah DelishaAleya
Dayang AreedaSharifah Emilin
Puteri Sarah LiyanaUmairah
Idzham IsmailIkram
Atikah SuhaimeSharifah Azreen
Hariz HamdanAzhar
Razman MahayuddinFaizal
Haziq NazimuddinRudy
Fahrin AhmadLukman Hakim
Erry PutraIdham
Aida KhalidaPuan Sri Syarifah Aisyah
Esma DanielSyed Rahim
Zulkifli IsmailTan Sri Syed Abas
Safura YaacobPuan Ramlah
Aiman BadrulDarwin
Nur Dhia IrdinaDania Arisya
Rayyan MikailDany
Laila NasirSharifah Rosnah
Kamal BakarEncik Idris
Andai Itu Takdirnya

Jom kita lihat tayangan perdana drama di bawah.

Review Drama Andai Itu Takdirnya

Drama terbitan SR One Sdn Bhd ini mendapat pelbagai reaksi daripada penonton.

Jom kita lihat apa kata warganet mengenai drama ini.

Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Andai Itu Takdirnya melalui slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 6 Mac 2023.

Anda juga boleh menonton drama ini secara atas talian menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial Astro Gempak di @astrogempak .

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!