Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik (SEDA) Sebanyak RM500

Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik (SEDA) Sebanyak RM500 ~ Sukacita dimaklumkan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mengumumkan program bantuan yang boleh dinikmati oleh Keluarga Malaysia baru-baru ini. Bantuan tersebut melibatkan mangsa-mangsa yang terjejas banjir akhir tahun lalu dan juga semua rakyat Malaysia. 

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Program SAVE 3.0 vs Rebat RM500 

Program SAVE 3.0  boleh ditebus oleh semua rakyat Malaysia (termasuk yang  terjejas banjir walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik), manakala rebat pembelian peralatan elektrik domestik RM500 ini khas untuk yang terjejas banjir sahaja.

Permohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.

Penebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir. Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.

Pekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem.

Program Bantuan Banjir Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA RM500

bantuan banjir

Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ini adalah merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Bantuan akan disalurkan melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Objektif bantuan ini adalah berikutan kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir melibatkan barangan elektrik yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi. 

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik  akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta). 

Bantuan ini merangkumi:

  • Maksimum rebat sehingga RM500 dengan pembelian peralatan elektrik keperluan harian per isi rumah.
  • Barangan peralatan elektrik untuk kegunaan harian dan  yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.
  • Kelayakan maksimum adalah berdasarkan 1 rebat untuk 1 akaun bil elektrik yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh Kerajaan.

Untuk menyemak kelayakan anda, sila ikuti langkah dibawah:

bantuan banjir

Cara Memohon / Menebus

  • Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar.

Anda boleh melayari  laman web (https://save.seda.gov.my/publics/retailer) untuk melihat senarai Kedai / pasar raya Berdaftar di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.

  • Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian (e-dagang – Shopee / Lazada / PG Mall).

Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian. Rebat ini boleh ditebus di Shopee di bawah Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).

bantuan banjir

Untuk menebus, sila ikuti langkah membuat penebusan seperti dibawah.

Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti dalam senarai berikut.

Sila bawa:

  • Salinan kad pengenalan
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut): Polis, NADMA, Pegawai Daerah, Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, sila lakukan perkara dibawah;

  • Hubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atau
  • Buat permohonan untuk dimasukkan dalam kemaskini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12). 
  • Kelulusan permohonan kemaskini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan.
bantuan banjir

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai bertugas di talian: 03-8870 5800, atau layari laman web SEDA dan FAQ penuh di pautan berikut: http://www.seda.gov.my/2021/12/program-rebat-bantuan-banjir-pembelian-barangan-elektrik/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!