Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 KPM
KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 ~ Kepada ibu bapa/penjaga terutamanya yang ingin mendaftarkan anak anda untuk masuk bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh rujuk perkongsian daripada kami seperti di bawah.
Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 KPM
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan mulai 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.
Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online).
Sebelum mendaftar, sila semak syarat pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 seperti dibawah:
Pendaftaran dibuka bagi kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.
Baca Juga : ePrasekolah | Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 (Online)
Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh Mula : 1 Mei 2023
- Tarikh Tutup : 30 Jun 2023
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2023
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2023
Cara Membuat Pendaftaran
SIla ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Sila layari portal Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid, Maklumat kesihatan, Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
NOTA: Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Anda juga boleh rujuk manual pengguna untuk ePendaftaran Tahun 1 seperti di bawah :
MANUAL PENGGUNA eDAFTAR TAHUN 1
Anda juga boleh rujuk panduan penuh penggunaan sistem idME seperti di bawah:
Soalan Lazim ePendaftaran Pelajar Tahun 1
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, sila hubungi nombor telefon atau emelkan pertanyaan andal mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Anda boleh rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0