Eatmarna & Tawakkalna | Cara Memohon Permit Umrah Melalui Aplikasi Online

Eatmarna & Tawakkalna | Cara Memohon Permit Umrah Melalui Aplikasi Online ~ Sukacita dimaklumkan kepada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadhan kelak, kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna.

Permohonan permit umrah ini telah dibuka pada 6 Mac dan diumumkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi. 

NOTA: 

Anda perlu menggunakan nombor telefon yang sama untuk kedua-dua aplikasi. 

Tawakkalna

Tawakkalna adalah merupakan sebuah aplikasi seperti MySejahtera. Aplikasi ini digunakan di Arab Saudi. Orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, banngunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan kontak rapat.

Aplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, mana-mana rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci, anda WAJIB memuat turun aplikasi ini untuk digunakan di sana kelak. Melalui aplikasi ini juga, status vaksinasi anda akan dikemaskini secara automatik. 

Cara memuat turun aplikasi Tawakkalna:

  • Pergi ke AppStore/ Google Play
  • Taip, “TAWAKKALNA”
  • Kemudian, daftar akaun anda
  • Pilih akaun visitor dan masukkan butiran diri anda
  • Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permis
Tawakkalna

Eatmarna

Selain aplikasi Tawakkalna, anda juga perlu memuat turun aplikasi “EATMARNA”. 

Aplikasi ini adalah untuk pengeluaran permit bagi memasuki dua masjid suci, menunaikan umrah, lawatan dan solat mengikut kapasiti yang diluluskan oleh pihak berkuasa. 

Integrasi dengan aplikasi Tawakalna, aplikasi ini dapat membantu untuk mengesahkan tahap keselamatan dan keadaan kesihatan pemohon permit (orang yang mengerjakan umrah) bagi mendapatkan keizinan untuk membuat melakukan aktiviti ibadah yang ditetapkan.

Antara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:

  • Tunaikan Umrah
  • Solat Fardhu di Masjidil Haram
  • Ziarah Raudhah
  • Ziarah Makam Rasulullah
  • Mencium dan memegang Hajarul Aswad
  • Solat di Hijr Ismail

Cara memuat turun aplikasi  Eatmarna:

  • Pergi ke AppStore/ Google Play
  • Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri
  • Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar
  • Pilih permit yang ingin dimohon
  • Lengkapkan maklumat peribadi
  • Pilih tarikh permit yang ingin dimohon
  • Pilih slot masa permit yang ingin dimohon
  • Pilih pusat pengangkutan
  • Semak butiran dan lakukan pengesahan
  • Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjaya
  • Sekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.
Eatmarna

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!