Bantuan Kredit e-Wallet (RM150) | Cara Klaim Yang Mudah

Bantuan Kredit e-Wallet (RM150) | Cara Klaim Yang Mudah ~ Sukacita dimaklumkan, Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan (eWallet Belia 2022) melalui pembentangan Bajet 2022 yang diadakan pada tahun lalu. 

Bantuan Kredit e-Wallet (e-Start) 

Bantuan Kredit e-Wallet, e-Start adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Meluai bantuan ini, pihak kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Bantuan ini mempunyai dana peruntukan sebanyak RM300 juta dengan sasaran lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini. 

Senarai rangkaian e-Dompet @ e-Wallet yang terlibat belum lagi diumumkan setakat ini. 

Program sebegini telah diadakan pada tahun lalu (2021) melalui program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 menggunakan aplikasi eWallet Belia seperti berikut:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay
Bantuan Kredit e-Wallet

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Sila layari laman web melalui pautan berikut untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain: https://www.mof.gov.my/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Program bantuan mengenai dompet e-wallet (e-Start) ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari masa ke semasa.

Anda juga boleh rujuk Bajet 2022 yang melibatkan belia seperti dibawah:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!